23 August 2020

Penyakit Dan Masalah Tiroid

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

Baca Selanjutnya Di :

Penyakit Dan Masalah Tiroid  

Baca Lagi...

11 Tanda Tersembunyi Masalah Tiroid

Ada beberapa jenis penyakit dan masalah yang menyebabkan tiroid tak berfungsi. Dua masalah tiroid paling biasa adalah hipotiroidisme dan hipertiroidisme.

Hipotiroidisme terjadi ketika kelenjar tiroid kurang aktif dan tak mampu menghasilkan hormon yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Masalah ini boleh disebabkan kecacatan sejak lahir, pembedahan kelenjar tiroid atau benjolan.

Hipertiroidisme berlaku disebabkan kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan hormon melebihi daripada yang diperlukankan tubuh. Penyebab paling biasa hipertiroidisme adalah penyakit autoimun, benjolan, dan pengambilan sodium yang berlebihan.

Masalah tiroid sukar dikenalpasti, kerana ia memiliki gejala yang yang hampir sama dengan penyakit lain. Gejala disfungsi tiroid juga berbeza-beza, bergantung tahap yang dialami oleh pesakit.

Baca Selanjutnya Di : 
Baca Lagi...

22 August 2020

Jangkitan Fungus Menyebabkan Botak?

Mengalami masalah kebotakan adalah igauan ngeri bagi kebanyakan orang, walaupun di kalangan lelaki. Rambut bukan lagi menjadi mahkota mutlak wanita kerana lelaki juga kini mementingkan gaya dan dandanan rambut.

Mengalami masalah keguguran rambut memang meresahkan.

Keguguran rambut boleh dianggap masalah biasa, terutama jika ia disebabkan faktor keturunan, dengan kadar satu kes bagi setiap tiga lelaki dan satu kes bagi setiap lima wanita.

Keguguran rambut yang boleh menyebabkan masalah kebotakan juga dikenali sebagai alopesia androgenetik. Walaupun ia kerap dipanggil kebotakan lelaki, masalah ini juga boleh berlaku kepada wanita.

Ramai beranggapan terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Bagaimanapun, pendapat ini kurang tepat, kata Ketua Trikologi Pusat Rambut Svenson, Teo Kim Teik.

Baca Selanjutnya Di :

Jangkitan Fungus Menyebabkan Botak?


Baca Lagi...

Awas Tekanan Darah Tinggi Penyebab Disfungsi Erektil (ED)!

Tanyalah mana-mana lelaki di dunia ini, mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED) adalah masalah yang cukup ditakuti. 

Paling menakutkan, ia boleh berlaku kepada semua lelaki tanpa mengira umur, bangsa dan keturunan walaupun lelaki berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat ED.

Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.

Malah, darah tinggi juga boleh membuatkan pesakit diserang strok dan buah pinggang tanpa mereka sedari. Bahayanya penyakit berkenaan ibarat api dalam sekam.

Sehubungan itu, Kelab Hipertensi Malaysia (MHC) menganjurkan forum bertajuk 'Tekanan Darah Tinggi - Kawal Sebelum Terlambat' di hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca Selanjutnya Di :

Awas Tekanan Darah Tinggi Penyebab Disfungsi Erektil (ED)!


Baca Lagi...

Risiko Diabetes Jika Berat Badan Berlebihan

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.

Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu, katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.

Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.

Baca Selanjutnya Di :

Risiko Diabetes Jika Berat Badan Berlebihan


Baca Lagi...

21 August 2020

Awas Penyakit Jantung Membunuh Secara Senyap

Pencegahan terbaik ialah kurangkan berat badan melalui amalan pemakanan seimbang, senaman

DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Haizal Haron Kamar, berkata statistik menggerunkan itu secara tidak langsung menunjukkan setiap individu berpotensi menghidap penyakit ini tetapi masih belum terlewat untuk mengambil langkah pencegahan.

Beliau berkata, biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan orang dewasa, ia organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang masa bagi mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh malah jika fungsinya terganggu keseluruhan sistem badan akan terjejas.

Baca Selanjutnya Di :

Awas Penyakit Jantung Membunuh Secara Senyap


Baca Lagi...

20 August 2020

Cara Menghentikan Rambut Gugur

Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet.

PENUAAN sering dikaitkan dengan tumpuan kepada kulit wajah sehingga ada yang lupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan. Malah ada yang menganggap masalah keguguran rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang semakin meningkat usia.

Jangan disangka pada usia muda anda tidak akan menghadapi masalah botak. Tahap serius botak adalah pelbagai iaitu dari rambut jarang hinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.

Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari adalah dikategorikan normal, tetapi jika berlebihan perlu diambil perhatian serius dengan mendapatkan rawatan segera

Pakar kesihatan juga sering kali menyarankan setiap individu mengamalkan gaya hidup seimbang terutama dari segi pemakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambut yang mana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.

Kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Bagaimanapun, mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.

Baca Selanjutnya di :

Cara Menghentikan Rambut Gugur



Baca Lagi...

Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman

SAKIT perut dan rasa pedih ulu hati akibat masalah penghadaman adalah perkara biasa dialami semua orang, terutama apabila makan tergesa-gesa atau dalam keadaan tertekan. Masalah penghadaman lebih kerap berlaku pada individu yang sibuk bekerja dan kerap menunda waktu makan serta sangat jarang bersenam.

Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dan mengganggu prestasi di tempat kerja. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup kita.

Makan untuk memberi khasiat kepada badan supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah konsep yang mudah tetapi kadang kala agak sukar untuk dilakukan, terutama bagi individu yang sibuk dan kerap mengambil makanan segera. Kerap juga kita makan kerana sebab yang tidak kena - bosan, sedih, mahu mententeramkan diri sendiri atau untuk memenuhi kehendak makan; bukan kerana lapar.

Makan dengan alasan yang disebut di atas akan mendorong kita memilih makanan dan membentuk tabiat pemakanan kurang sihat yang akhirnya menyebabkan kita mengalami masalah pencernaan. Langkah pertama ialah makan mengikut waktu atau jadual - dimulakan dengan sarapan (walaupun hanya segelas susu dan sekeping roti); makan tengah hari dan malam dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Baca Selanjutnya Di :

Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman


Baca Lagi...

15 July 2020

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jerawat

Pori-pori kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dipanggil sebum. 

Sebum melembapkan dan melembutkan kulit, selain bertindak sebagai satu lapisan pelindung kulit. 

Punca utama jerawat ialah apabila kelenjar minyak anda menghasilkan sebum secara berlebihan. 

Minyak berlebihan ini menyumbat pori-pori dan sejenis bakteria, dipanggil P. Acnes, akan membiak di dalam folikel liang roma anda.

Ia menjadi punca kepada jenis jerawat berikut:

1) Bebintik hitam

Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis bintik; jerawat hitam dan jerawat putih.
 
Jerawat putih (bebintik tertutup)

Jika pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit, ia menjadi bintik putih kecil dan keras yang dipanggil jerawat putih. Rupanya kelihatan seperti jerawat, tetapi tidak merah dan meradang. 

Tidak seperti jerawat, anda tidak boleh memicit isinya keluar. Jerawat putih boleh tumbuh di mana-mana pada kulit anda, tetapi biasanya tumbuh di dahi, pipi dan di kawasan bawah mata.

Jerawat hitam (Bebintik terbuka)

Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan Bebintik, anda boleh merawat atau mencegahnya. Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebintik. 

Oleh itu, sila pantau pemakanan anda dan elakkan daripada merokok. Kulit yang mengandungi air berlebihan boleh juga menjadi punca jenis jerawat ini. Jadi, jangan lupa untuk mengelupaskan kulit mati dan berhati-hati agar anda tidak melembapkan kulit secara berlebihan

2) Jerawat biasa (Papul)

Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang. Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul. Ia adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah atau merah jambu.

3) Jerawat Besar (Pustul)

Apabila jerawat menjadi besar dan membengkak, ia dipanggil Pustul.

Jenis jerawat ini kelihatan seperti jerawat putih tetapi biasanya ia bermata dan dikelilingi tanda merah keradangan.

Baca lain-lain info berkaitan Jerawat

Sehinggakan, sebutir jerawat yang ada pada wajah boleh menyebabkan mereka ... JERAWAT, penyakit kulit yang kerap berlaku di kalangan remaja atau ...

JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya bagaikan mimpi ngeri kepada golongan wanita yang ...

Jerawat selalunya muncul di muka, leher, dada dan juga di belakang bahu di mana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Anda boleh mengelakkan jerawat ...

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran 'tetamu' tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, ...
Baca Lagi...

14 July 2020

Bolehkah Tonsilitis Hilang Sendiri?

Tonsillitis yang disebabkan oleh virus biasanya akan hilang sendiri. Rawatan hanya memberi tumpuan untuk membantu. 

Anda mungkin dapat meredakan sakit tekak jika anda minum teh suam, minum ubat dan menggunakan rawatan di rumah. 

Jika radang amandel anda disebabkan oleh jangkitan, anda hanya memerlukan rawatan dengan antibiotik.

Tonsillitis biasanya merebak melalui hubungan langsung atau rapat dengan orang yang dijangkiti. 

Ia boleh disebarkan jika pesakit batuk, bersin dan boleh disebarkan dengan mudah kepada orang lain disebabkan jangkitan virus dan bakteria.

Berapa lama tonsilitis berlaku. Gejala biasanya akan hilang selepas 3 hingga 4 hari. Tonsillitis boleh menyebabkan anda mengalami demam dan selesema. Baca selanjutnya



Baca Lagi...

Petua Untuk Kekal Sihat

Gaya hidup yang sihat dapat membantu anda kekal sihat sepanjang hayat anda. Walau bagaimanapun, membuat pilihan yang sihat tidak selalu mudah. 

Sukar untuk mencari masa dan tenaga untuk bersenam secara teratur atau menyediakan makanan yang sihat. Walau bagaimanapun, usaha anda akan membuahkan hasil dengan banyak cara, dan seumur hidup anda.

Langkah yang boleh anda ambil:

Bersenam selama 30 minit bebarapa hari dalam seminggu. Lakukan tiga sesi 10 minit setiap sesi jika kekurangan masa. Pergerakan yang sihat seperti berjalan kaki, bersukan, berlari atau aktiviti lain yang anda gemari.

Makan makanan seimbang dan rendah lemak dengan banyak buah, sayur-sayuran dan biji-bijian. Pilih makanan yang rendah lemak jenuh dan kolesterol, dan sederhana gula, garam dan lemak total.

Elakkan kecederaan dengan memakai topi keledar basikal, menggunakan alat pengesan asap dan karbon monoksida di rumah. Gunakan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan setiap masa.

Jangan merokok, atau berhenti jika anda merokok. Minta bantuan penyedia perkhidmatan kesihatan anda.

Gosok gigi selepas makan dengan berus gigi lembut atau sederhana. Sikat juga selepas minum dan sebelum tidur. Gunakan benang gigi setiap hari.

Baca Lagi...

13 July 2020

Bagaimana Psoriasis Bermula?

Psoriasis biasanya bermula dengan lebam merah kecil pada kulit, plak psoriasis berkembang menjadi tompok merah dengan lapisan keperakan dan bersisik - tompok-tompok ini dipanggil plak. Plak biasanya muncul di siku, lutut, dan bawah punggung dan boleh berlaku selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun tanpa rawatan.

Psoriasis adalah penyakit keradangan kulit kronik, menyebabkan kulit menebal lebih cepat. Tompok merah itu jelas kelihatan di kulit kepala, lutut, siku, lengan dan kaki yang terjadi disebabkan gangguan sistem imunisasi badan.

Keadaan itu menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu tiga hingga tujuh hari, berbanding 21 hingga 28 hari bagi kulit normal. Proses ini menyebabkan kawasan berkenaan kelihatan tompok merah yang tebal dan bersisik.

Tahap keterukan psoriasis berbeza mengikut individu. Sesetengah pesakit hanya ada beberapa tompok kecil sahaja, dan sebahagian pesakit menghidapi psoriasis yang membabitkan permukaan kulit yang lebih besar.

Baca Lagi...

Apakah penyebab utama diabetes?

Diabetes adalah keadaan kronik yang berkaitan dengan kadar gula (glukosa) yang tinggi dalam darah. Insulin yang dihasilkan oleh pankreas menurunkan glukosa darah. 

Ketiadaan atau pengeluaran insulin yang tidak mencukupi, atau ketidakupayaan badan untuk menggunakan insulin dengan betul menyebabkan diabetes.

Bagaimana saya tahu jika saya menghidap diabetes?

Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes, terutama pada peringkat awal ketika gejala mungkin tidak ada.

Tidak ada cara yang pasti untuk mengetahui apakah anda menghidap diabetes tanpa menjalani ujian darah untuk menentukan tahap glukosa darah anda (lihat bahagian Diagnosis diabetes).

Berjumpalah dengan doktor anda jika anda mempunyai simptom diabetes atau anda bimbang tentang risiko diabetes anda.




Baca Lagi...

12 July 2020

Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Sedang Mengalami Masalah tiroid?

Tiroid menghasilkan hormon yang berfungsi untuk mengkoordinasikan tenaga, pertumbuhan dan metabolisma ke seluruh badan. 

Apabila tahap tiroid menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia boleh menyebabkan berlakunya masalah tiroid.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan anda sedang mengalami masalah tiroid seperti selera makan lebih tinggi daripada biasa. 

Penurunan berat badan secara tiba-tiba, walaupun anda makan dengan kuantiti yang sama atau lebih. 

Denyutan jantung yang cepat atau tidak sekata atau berdebar-debar, Gementar, gelisah atau mudah marah.


Baca Lagi...

16 August 2019

Migrain Serta Penyebabnya!

Migrain bukanlah penyakit yang mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu. Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari.

Menurut Pengarah Jabatan Neurologi, Fortis Hospital, Shalimar Bagh di India, DrJaideep Bansal, migrain adalah penyebab umum kedua dari sakit kepala, yang dialami 15 peratus wanita dan enam peratus lelaki.

Memetik Indian Express, sakit kepala akibat migrain biasanya bersifat episodik. Sakit dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut dan menyebabkan rasa mual dan muntah.

Berbeza dengan migrain, sakit kepala biasanya berlaku kerana stres dan rasa tak selesa di kedua-dua belah kepala selain tidak disertai rasa mual, muntah, atau tidak sensitif terhadap cahaya dan suara.

Sejarah keluarga menjadi faktor risiko paling kuat dan konsisten untuk migrain, peluangnya meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam kalangan saudara mara yang mempunyai migrain. Manakala sejarah sakit kepala keluarga tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Bagi sebahagian pesakit, migrain tercetus akibat beberapa punca spesifik, sedangkan sakit kepala biasa tidak! Selain itu, migrain memerlukan rawatan dan pengurusan khusus sedangkan sakit kepala biasa dapat dikendalikan dengan mengubah gaya hidup dan beberapa ubat penghilang rasa sakit.

Berikut adalah beberapa punca migrain.

- Perubahan hormon terhadap wanita. Fluktuasi estrogen, seperti sebelum atau sepanjang haid, kehamilan dan menopaus nampaknya menyebabkan sakit kepala kepada kebanyakan wanita.

- Ubat hormon seperti kontrasepsi oral.

- Minuman beralkohol, terutama wine dan pengambilan terlalu banyak kopi.

- Stres di tempat kerja atau di rumah.

- Stimulasi sensor, misalnya lampu terang dan sinar matahari, bunyi nyaring, bau yang kuat seperti minyak wangi, cat.

- Perubahan/tidak cukup tidur, jet lag.

- Faktor fizikal, seperti aktiviti fizikal yang menyebabkan ketegangan.

- Perubahan cuaca/tekanan.

- Ubat-ubatan seperti kontrasepsi oral dan vasodilator, seperti nitrogliserin.

- Makanan, contohnya keju, coklat dan kopi.

- Pemanis dan pengawet makanan.

Baca Lagi...

15 August 2019

Apakah Punca Tekanan Darah Tinggi?

Jantung adalah otot yang mengepam darah ke seluruh badan. Darah yang mempunyai tahap oksigen yang rendah dipam ke arah paru-paru di mana bekalan oksigen diisi semula. 

Darah yang kaya oksigen kemudiannya dipam oleh jantung ke seluruh badan untuk membekalkan otot dan sel. Mengepam darah akan menghasilkan tekanan. 

Sekiranya seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, bermakna dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan secara berterusan. Penyebab hipertensi sering tidak diketahui.

Antaranya Punca Tekanan Darah Tinggi

Penyempitan Arteri: Penambahan usia menyebabkan tekanan darah meningkat kerana arteri menjadi lebih keras dan sempit terutamanya di jantung, otak dan buah pinggang.

Penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) adalah penyebab utama tekanan darah tinggi kerana buah pinggang tidak menapis cecair dan lebihan cecair ini akan membawa kepada tekanan darah tinggi.

Keadaan kesihatan yang sedia ada iaitu penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, penyakit ginjal kronik, dan paras kolestral tinggi boleh menyebabkan hipertensi terutamanya apabila usia semakin tua.

Risiko adalah sama bagi lelaki mahupun perempuan. Tetapi lelaki lebih mudah menderita hipertensi pada usia yang lebih muda. Namun, kecenderung lebih tinggi kepada wanita yang lebih berusia.

Tip Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Baca Lagi...

14 August 2019

Ketahui Punca Sembelit

Tabiat membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar dua kali sehari dan ada juga membuang air besar setiap tiga hari. 
Ini kerana aktiviti membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan bergantung kepada beberapa faktor.
Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.
Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.


Adakah sembelit itu normal?
Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:
Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.
Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.
Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.
Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.
Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.
Ada biji/ kulit yang keluar dari pangkal dubur semasa membuang air besar. Tidak semua biji atau kulit itu adalah buasir kerana kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian. Selain itu ‘rectal prolapse’ (usus besar terkeluar dari pangkal dubur) juga boleh menyebabkan sembelit.
Pertukaran tabiat membuang air besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika tabiat membuang air besar selalunya setiap dua hari dan sekarang berubah kepada empat hari sekali atau sekali seminggu dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Pengambilan ubat atau makanan tambahan (suplemen) untuk menyelesaikan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah memudaratkan.
Pemeriksaan awal akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sembelit. Ini dapat dikenal pasti melalui sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal pesakit.
Beberapa jenis ujian darah akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sembelit. Sesetengah pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus besar melalui dubur).
Prosedur ‘anal manometry’ (tekanan anus) untuk melihat ‘pressure’ di dalam dubur dan ‘defecating proctogram’ (x-ray aktiviti membuang air besar) akan disarankan jika pesakit menunjukkan tanda-tanda kelemahan otot pelvis atau ‘obstructive defecating syndrome’.

Baca Lagi...

01 August 2019

Punca Berlakunya Kencing Manis

KENCING manis atau nama saintifiknya diabetes adalah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung.

Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Apakah punca berlakunya kencing manis?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.

2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.

3) Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.

4) Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.

5) Peningkatan umur.

6) Bangsa – kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Seorang pesakit membuat ujian darah dan suntikan insulin sendiri.
Bagaimana pula dengan tanda-tanda kencing manis?

1) Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2) Berat badan menyusut dengan drastik

Anda kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.

Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3) Jarak penglihatan menurun

Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4) Sering kebas pada tangan dan kaki

Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki.

Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5) Luka yang lambat sembuh.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Kesimpulannya, kurangkan makanan dan minuman bergula termasuk amalkan gaya hidup sihat melalui senaman dan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayangi diri anda dan keluarga!


Baca Lagi...

30 July 2019

Bagaimana Makanan Mempengaruhi Gout?

Jika anda mempunyai gout, makanan tertentu mungkin mencetuskan serangan dengan meningkatkan kadar asid urik dalam tubuh.

Makanan biasanya tinggi dalam purin biasanya menjadi puncanya, bahan yang dijumpai secara semulajadi dalam makanan. 

Apabila anda mencerna purin, badan anda menjadikan asid urik sebagai bahan buangan.

Ia bukan satu kebimbangan kepada orang yang sihat, kerana mereka mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan.

Walau bagaimanapun, orang yang ada masalah gout tidak dapat membuang asid urik yang berlebihan. Oleh itu, diet tinggi purin boleh menyebabkan asid urik terkumpul dan menyebabkan serangan gout.

Mujurlah, penyelidikan menunjukkan bahawa menyekat makanan tnggi purin dan mengambil ubat yang sesuai boleh menghalang serangan gout.

Makanan yang biasanya mencetuskan serangan gout termasuk organ haiwan, daging merah, makanan laut dan alkohol. Ia mengandungi jumlah purin yang sederhana.

Walau bagaimanapun, terdapat satu keadaan yang berbeza. Penyelidikan menunjukkan bahawa sayur-sayuran tinggi kandungan purin tidak mencetuskan serangan gout.

Dan yang menariknya, minuman fruktosa dan gula boleh meningkatkan risiko serangan gout, walaupun ia tidak kaya dengan purin.

Sebaliknya, mereka boleh meningkatkan paras asid urik dengan mempercepatkan beberapa proses selular.

Sebagai contoh, satu kajian termasuk lebih daripada 125,000 responden mendapati bahawa orang yang menggunakan fruktosa paling banyak mempunyai risiko 62% lebih tinggi untuk mengalami masalah gout.

Sebaliknya, penyelidikan menunjukkan bahawa produk tenusu rendah lemak, produk soya dan suplemen vitamin C boleh membantu mencegah serangan gout dengan mengurangkan kadar asid urik dalam darah.

Produk lemak tenusu dan tinggi lemak tidak menjejaskan paras asid urik. 




Baca Lagi...

29 July 2019

3 Tips Mudah Mengurangkan Kolesterol LDL Anda

Mempunyai kolesterol LDL yang tinggi, juga dikenali sebagai kolesterol buruk, boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung jika ia tidak dirawat.

Berita baiknya ialah, tidak seperti faktor risiko lain, anda mungkin dapat mengelakkan tahap LDL yang tinggi atau menurunkan tahap LDL anda jika sudah tinggi.

Walaupun banyak ubat kolesterol boleh menurunkan tahap LDL ke tahap yang berbeza-beza, pembekal penjagaan kesihatan anda mungkin mahu menggunakan perubahan gaya hidup terapeutik (TLC) untuk melihat sejauh mana LDL anda boleh pergi sebelum ubat diperlukan.

Sama ada anda mahu menurunkan LDL anda atau menghalang LDL anda daripada meningkat, beberapa petua boleh membantu anda agar dalam keadaan yang sihat.

Berat Badan dan Diet

Berat badan berlebihan atau obes bukan sahaja menyebabkan anda berisiko untuk meningkatkan tahap LDL yang tinggi, ia juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan keadaan perubatan kronik yang lain. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa kehilangan walaupun sedikit berat badan boleh membantu menurunkan tahap LDL anda.

Walaupun kajian menunjukkan bahawa penurunan berat badan membantu menurunkan LDL, ia juga menunjukkan bahawa makan jenis makanan yang tepat boleh membantu kesihatan jantung anda. 

Makanan yang tinggi serat larut dan phytosterols, serta lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa, didapati bermanafaat untuk menurunkan kolesterol LDL.

Memandangkan kurang daripada 7 peratus kalori daripada lemak tepu dapat mengurangkan LDL sebanyak 8 hingga 10 peratus.

Mengurangkan pengambilan kolesterol harian hingga kurang daripada 200mg boleh menurunkan LDL sebanyak 5 hingga 8 peratus.

Lebih banyak kajian jangka panjang diperlukan untuk menentukan sama ada kehilangan berat badan sebenar atau diet dan senaman yang bersamaan dengan yang menyebabkan pengurangan tahap LDL. 

Ia juga mungkin bahawa kolesterol LDL akhirnya boleh kembali ke tahap asal, walaupun berat badan dikekalkan. Walau bagaimanapun, prospek menjadikan penjagaan berat badan dan matlamat yang sesuai dengan pemakanan yang baik.

Meningkatkan Aktiviti Fizikal Anda

Senaman bukan sahaja baik untuk mengurangkan berat badan, kekerapan yang sederhana dapat membantu menurunkan kadar kolesterol anda terutama kolesterol LDL anda. Senaman aerobik, seperti berlari, berbasikal, jogging, dan berenang, boleh memberi manfaat kepada kolesterol dengan menurunkan LDL dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menurut kajian.

Bentuk senaman lain, seperti yoga, berjalan kaki, dan senaman mengangkat berat, juga telah ditunjukkan untuk menurunkan tahap LDL secara sederhana. Walaupun mereka tidak dikaji sehingga tahap latihan aerobik.

Berhenti merokok

Berhenti merokok bukan sahaja mempunyai kesan besar pada tahap HDL, atau kolesterol yang baik, ia juga boleh menurunkan tahap LDL sedikit. Rokok dihubungkan dengan tahap kolesterol yang lebih tinggi serta pembentukan LDL yang merosakkan yang disebut LDL teroksidasi, yang menyumbang kepada aterosklerosis.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa tahap kolesterol akan berkurangan sebaik sahaja anda berhenti merokok. Dengan setiap bulan selepas berhenti, tahap LDL terus menurun, malah sebahagiannya membalikkan kesan merokok pada kolesterol selepas hanya 90 hari.

Dengan beberapa perubahan gaya hidup mudah, paras kolesterol LDL anda boleh menjadi lebih rendah. Walau bagaimanapun, bergantung kepada tahap kolesterol semasa anda, langkah-langkah ini mungkin tidak mencukupi. 

Walaupun baik untuk membuat perubahan ini kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan, pastikan anda mengikuti cadangan doktor anda mengenai cara lain untuk merawat kolesterol tinggi.


Baca Lagi...