Showing posts with label sembelit. Show all posts
Showing posts with label sembelit. Show all posts

20 August 2020

Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman

SAKIT perut dan rasa pedih ulu hati akibat masalah penghadaman adalah perkara biasa dialami semua orang, terutama apabila makan tergesa-gesa atau dalam keadaan tertekan. Masalah penghadaman lebih kerap berlaku pada individu yang sibuk bekerja dan kerap menunda waktu makan serta sangat jarang bersenam.

Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dan mengganggu prestasi di tempat kerja. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup kita.

Makan untuk memberi khasiat kepada badan supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah konsep yang mudah tetapi kadang kala agak sukar untuk dilakukan, terutama bagi individu yang sibuk dan kerap mengambil makanan segera. Kerap juga kita makan kerana sebab yang tidak kena - bosan, sedih, mahu mententeramkan diri sendiri atau untuk memenuhi kehendak makan; bukan kerana lapar.

Makan dengan alasan yang disebut di atas akan mendorong kita memilih makanan dan membentuk tabiat pemakanan kurang sihat yang akhirnya menyebabkan kita mengalami masalah pencernaan. Langkah pertama ialah makan mengikut waktu atau jadual - dimulakan dengan sarapan (walaupun hanya segelas susu dan sekeping roti); makan tengah hari dan malam dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Baca Selanjutnya Di :

Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman


Baca Lagi...

14 August 2019

Ketahui Punca Sembelit

Tabiat membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar dua kali sehari dan ada juga membuang air besar setiap tiga hari. 
Ini kerana aktiviti membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan bergantung kepada beberapa faktor.
Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.
Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.


Adakah sembelit itu normal?
Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:
Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.
Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.
Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.
Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.
Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.
Ada biji/ kulit yang keluar dari pangkal dubur semasa membuang air besar. Tidak semua biji atau kulit itu adalah buasir kerana kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian. Selain itu ‘rectal prolapse’ (usus besar terkeluar dari pangkal dubur) juga boleh menyebabkan sembelit.
Pertukaran tabiat membuang air besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika tabiat membuang air besar selalunya setiap dua hari dan sekarang berubah kepada empat hari sekali atau sekali seminggu dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Pengambilan ubat atau makanan tambahan (suplemen) untuk menyelesaikan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah memudaratkan.
Pemeriksaan awal akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sembelit. Ini dapat dikenal pasti melalui sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal pesakit.
Beberapa jenis ujian darah akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sembelit. Sesetengah pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus besar melalui dubur).
Prosedur ‘anal manometry’ (tekanan anus) untuk melihat ‘pressure’ di dalam dubur dan ‘defecating proctogram’ (x-ray aktiviti membuang air besar) akan disarankan jika pesakit menunjukkan tanda-tanda kelemahan otot pelvis atau ‘obstructive defecating syndrome’.

Baca Lagi...

26 July 2019

Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Bagaimana Sembelit berlaku?

Makanan yang anda makan menjalani proses dalam saluran pencernaan dan hati anda dan akhirnya ia perlu dikeluarkan. Tubuh manusia mempunyai proses ekskresi semula jadi, tetapi kadang-kadang ia bermasalah dan terganggu, dan ini menyebabkan sembelit. 

Kotoran, apabila disimpan dalam usus besar untuk jangka masa panjang, menjadi keras. Ini menjadikannya lebih sukar untuk otot usus untuk menolaknya melalui rektum.

Mengapa Sembelit?

Sembelit boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Ini termasuk:

  • Tabiat pemakanan yang lemah (kekurangan serat dalam diet, dan makan terlalu banyak makanan ringan)
  • Kurangnya pengambilan air dan cecair yang mencukupi
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Kurang aktiviti dan menjalani gaya hidup yang tidak aktif
  • Makan makanan tenusu dalam jumlah yang besar
  • Kehamilan
  • Kemurungan



Kadang-kadang, gabungan faktor-faktor ini juga boleh membawa kepada pergerakan usus yang tidak teratur, di kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa (1).

Pilihan Rawatan Untuk Sembelit

Terdapat banyak pilihan yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan sembelit. Terdapat banyak ubat dan julap OTC yang boleh anda gunakan. Walau bagaimanapun, adalah bijak jika anda menggunakan ubat semulajadi. 

Anda boleh memilih dari rawatan semula jadi yang dipilih untuk melegakan sembelit. Ini mengurangkan risiko kesan sampingan. Dalam hal ini, BioVCO menjadi satu penyelesaian yang bagus untuk mengatasi dan merawat sembelit.


BioVCO Untuk Sembelit

Adakah BioVCO baik untuk sembelit? 

BioVCO adalah salah satu cara semula jadi terbaik yang boleh anda pilih untuk mengatasi masalah sembelit. 

BioVCO yang berasal dari kelapa mengdungi serat dan ia membantu metabolisma dalam tubuh manusia. 

Menambah BioVCO pada makanan anda boleh membantu mengatasi pergerakan usus yang tidak teratur.

BioVCO, dalam bentuknya paling asli, mengandungi asid lemak rantaian sederhana, yang memainkan peranan penting dalam meredakan pergerakan usus. MCFA ini meningkatkan tenaga sel-sel usus, dan ini meningkatkan metabolisma. 

Ia juga membantu melembutkan najis. Menggunakan BioVCO mengatasi masalah sembelit yang dan kronik, kerana ia berkesan dan tiada kesan sampingan.


Baca Lagi...

21 March 2019

Usah Ambil Mudah Sembelit

Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Risiko Penyakit Termasuk Kanser

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

Baca Lagi...

09 November 2018

Masalah Sembelit


Sembelit berlaku bila :

* anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras
* anda jarang membuang air besar

Ramai orang keliru bila dikatakan jarang membuang air besar. Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).

Baca Info Selanjutnya : KLIK DISINI
Baca Lagi...