16 March 2014

Kehebatan Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. Ini adalah kerana kandungan asid laurik yang tinggi ada didalam Minyak Kelapa Dara.
Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.
Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan kumpulannya menunjukkan, lebih 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi adalah asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian Sederhana (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

0 comments: