Showing posts with label hipertensi. Show all posts
Showing posts with label hipertensi. Show all posts

22 August 2020

Awas Tekanan Darah Tinggi Penyebab Disfungsi Erektil (ED)!

Tanyalah mana-mana lelaki di dunia ini, mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED) adalah masalah yang cukup ditakuti. 

Paling menakutkan, ia boleh berlaku kepada semua lelaki tanpa mengira umur, bangsa dan keturunan walaupun lelaki berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat ED.

Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.

Malah, darah tinggi juga boleh membuatkan pesakit diserang strok dan buah pinggang tanpa mereka sedari. Bahayanya penyakit berkenaan ibarat api dalam sekam.

Sehubungan itu, Kelab Hipertensi Malaysia (MHC) menganjurkan forum bertajuk 'Tekanan Darah Tinggi - Kawal Sebelum Terlambat' di hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca Selanjutnya Di :

Awas Tekanan Darah Tinggi Penyebab Disfungsi Erektil (ED)!


Baca Lagi...

15 August 2019

Apakah Punca Tekanan Darah Tinggi?

Jantung adalah otot yang mengepam darah ke seluruh badan. Darah yang mempunyai tahap oksigen yang rendah dipam ke arah paru-paru di mana bekalan oksigen diisi semula. 

Darah yang kaya oksigen kemudiannya dipam oleh jantung ke seluruh badan untuk membekalkan otot dan sel. Mengepam darah akan menghasilkan tekanan. 

Sekiranya seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, bermakna dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan secara berterusan. Penyebab hipertensi sering tidak diketahui.

Antaranya Punca Tekanan Darah Tinggi

Penyempitan Arteri: Penambahan usia menyebabkan tekanan darah meningkat kerana arteri menjadi lebih keras dan sempit terutamanya di jantung, otak dan buah pinggang.

Penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) adalah penyebab utama tekanan darah tinggi kerana buah pinggang tidak menapis cecair dan lebihan cecair ini akan membawa kepada tekanan darah tinggi.

Keadaan kesihatan yang sedia ada iaitu penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, penyakit ginjal kronik, dan paras kolestral tinggi boleh menyebabkan hipertensi terutamanya apabila usia semakin tua.

Risiko adalah sama bagi lelaki mahupun perempuan. Tetapi lelaki lebih mudah menderita hipertensi pada usia yang lebih muda. Namun, kecenderung lebih tinggi kepada wanita yang lebih berusia.

Tip Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Baca Lagi...

20 July 2019

Tip Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

Apakah darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.

Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Jadi bagaimana cara mengatasi tekanan darah tinggi?

Jom ikut petua berikut:

1. Kurangkan pengambilan garam

Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk

2. Minum rendaman air/teh bunga raya

Rebus bunga raya dan kayu manis selama 5 minit. Kemudian tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3) Minum air kelapa

Nikmati air kepala sebaik-baiknya dua kali sehari iaitu pagi dan malam

4) Ambil minyak ikan yang berkualiti

Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung.

5) Herba hawthorn untuk jantung

Hawthorn adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

6) Ambil bawang putih.

Bawang putih berfungsi menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Boleh nikmati bawang putih dalam bentuk kapsul.

7) Ambil tembikai di Pagi Hari

Minum jus tembikai ketika perut kosong pada waktu pagi

8) Teh Halia-Pelaga

Gabungan dua bahan ini bersama halia dan kayu manis dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

9) Pokok Cat’s Claw

Kajian mendapati pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi), ia juga boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

10) Sirap Bluberi

Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Ia boleh dicampurkan dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

11) Senaman

Amalkan 30 minit senaman setiap hari, boleh dilakukan seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.



Baca Juga artikel berkaitan

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia ...
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darahyang disebabkan oleh denyutan jantung.
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
Ramai tidak sedar mereka ada risiko menghidap penyakit bahaya ini, Tekanan darah tinggi boleh dikawal menerusi pengambilan pemakanan yang seimbang.
Baca Lagi...