11 October 2018

Memahami bengkak kelenjar

Memahami bengkak kelenjar

SETIAP ibu bapa pasti runsing apabila mendapati anak mereka mendapat bengkak di bahagian kelenjar. Kelenjar yang biasa bengkak ialah kelenjar limfa dan air liur (saliva).

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain yang akan dinyatakan di bawah. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit.

Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

Kadangkala juga, seluruh kelenjar yang ada di badan membengkak. Ini boleh terjadi apabila berlaku tindak balas terhadap sesuatu ubat, contohnya ubat Dilantin yang digunakan untuk penyakit epilepsi (sawan) atau petanda berlakunya ketumbuhan atau barah seperti leukemia dan lymphoma.

Kelenjar air liur yang terbesar terletak di antara dagu dan telinga. Ia selalunya membengkak apabila terjadi jangkitan beguk. Manakala kelenjar limfa di anggota tertentu membengkak apabila ada jangkitan di kawasan berkenaan.

Contohnya, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya berkait dengan masalah tekak atau telinga. Bengkak kelenjar di pangkal paha berkait dengan jangkitan di kaki atau kemaluan.

Baca Lagi...

Penyakit Kencing Manis atau Diabetes



SAKITNYA pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau terkena tusukan pada kaki dan tangan. Kadangkala kesakitan dialami tidak tertanggung hingga menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian.


Itu antara penderitaan yang sering dialami pesakit diabetes. Dianggap ibu segala penyakit, diabetes bukan saja boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta dan gangren kaki, malah kerosakan saraf atau painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN).


Baca info selanjutnya : KLIK DISINI
Baca Lagi...