07 August 2018

Tiada rawatan ajaib pulihkan ekzema


Bagai digigit nyamuk 1,000 ekor pada satu masa. Bayangkan betapa peritnya keadaan yang perlu dihadapi penghidap ekzema setiap hari.

Bukan itu sahaja, rasa gatal itu  lazimnya akan diakhiri dengan ruam merah, kulit mula menjadi berair, bengkak, berdarah, serta akhirnya menjadi kering dan bersisik sebelum kembali kepada keadaan asal jika penghidapnya mempunyai tabiat suka menggaru.

Lazimnya, tindakan menggaru sukar dikawal jika penghidap ekzema adalah bayi dan kanak-kanak, apatah lagi jika mereka ditinggalkan kepada pengasuh mahupun pusat asuhan kanak-kanak.

Baca artikel penuh : 


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan
Baca Lagi...

Jaga kesihatan jantung anda

By 5:55 PM

Tiga faktor utama yang sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit tidak menular seperti serangan jantung adalah kerap merokok, kurangnya aktiviti fizikal dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Kebanyakan wanita beranggapan penyakit ini lebih cenderung menyerang kaum lelaki, namun hakikatnya serangan jantung boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira jantina. Wanita yang sudah menopaus mempunyai risiko sama tinggi dengan lelaki untuk mendapat serangan jantung.

Menjaga kesihatan jantung sebenarnya tidaklah sukar jika menjalankan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bukan saja akan meningkatkan kualiti kehidupan malah mengurangkan risiko diserang penyakit ini.

Baca artikel penuh : 


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan
Baca Lagi...

06 August 2018

Atasi simtom Tiroid, Sebelit, Kulit Kering & Cepat Letih


"Saya dah risau bila disahkan mengalami masalah tiroid lepas lahirkan anak sulung."

Ini cerita Puan Hamimah. Yang telah 14 tahun mengalami masalah Tiroid.

Selain itu beliau juga sering mengalami sembelit, rambut kering dan cepat merasa letih apabila melakukan tugas sehariannya.


Stres dia. Sebab masalah ini mengganggu tugasnya setiap hari dan terpaksa ulang-alik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari masa kesemasa.
.
Tapi tu dulu. Sekarang dah lain!

Satu hari tu masa Puan Hamimah terbaca di FB, dia ternampak cara bagaimana nak atasi masalah tiroid selepas membaca banyak testimoni didalam web BioVCO.

Dia pun rasa macam nak cuba dan buat order buat kali pertama.

"Eh ada perubahan. Lepas amalkan secara Kosisten."

Gembira betul Puan Hamimah, Sebab bengkak pada lehernya dah mulai susut, masalah sembelit beransur pulih, rambut dah tak kering macam dulu dan yang paling mengembirakan, beliau dah tak penat walaupun terpaksa berulang turun naik tangga.

"Kalau dah ada perubahan, bermakna ia serasi dan berkesan!"
.
Sekarang Puan Hamimah terus amalkan BioVCO. Seperti yang disyorkan.

Diperingkat awal dulu beliau minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam, selepas habis 4 botol beliau amal minum 2 sudu sehari dan akan terus mengamalkan hingga masalah tiroid yang beliau alami benar-benar pulih sepenuhnya.

Takut masalah tiroid tu berulang balik.
.
Anda ada masalah seperti yang Puan Hamimah hadapi?
Nak mengatasi masalah tiroid tanpa kesan sampingan?
.
Klik link di bawah untuk whatsapp:
Baca Lagi...

31 July 2018

Bahana kolesterol tinggi


Kolesterol oh kolesterol. Adakah anda bergelut menghadapi masalah kolesterol tinggi dan mencari pilihan makanan lebih baik, berkualiti dan berpotensi boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol itu?

Kali ini, kita akan membincangkan pemakanan sihat yang dapat membantu mengurangkan kolesterol anda. Seperti diketahui umum, mempunyai kolesterol pada paras tinggi membahayakan nyawa kerana antara lain, ia boleh mengakibatkan serangan sakit jantung.

Matlamat utama anda haruslah memberi tumpuan kepada pilihan diet dengan mengambil makanan seperti gandum, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat dan anti-oksidan.

Baca artikel penuh : 


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan
Baca Lagi...

24 July 2018

Awas Jika Anda Ada Gangguan Hormon Tiroid


Kira-kira 300 juta orang penduduk dunia mengalami penyakit tiroid kerana kurangnya pengambilan iodin menyebabkan berlakunya gangguan fungsi tiroid, kanser tiroid dan masalah berkaitan gangguan hormon tiroid.

Masalah atau penyakit tiroid banyak ditemui di Malaysia. Sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan komplikasi yang membahayakan kehidupan dan penurunan kualiti hidup.

Kelenjar tiroid merupakan kelenjar seperti kupu-kupu di bahagian leher, dimana fungsi utamanya ialah untuk mengawal metabolisma tubuh, pertumbuhan otak serta saraf.

Baca artikel penuh : KLIK DISINI UNTUK BACA!

Baca Juga :

Penyakit Masalah Tiroid
https://www.biovco.com/penyakit-masalah-tiroid.php
Penyakit tiroid atau masalah tiroid kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit tiroid juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Gangguan kelenjar punca tiroid
https://blog.biovco.com/2018/11/12/gangguan-kelenjar-punca-tiroid/
Gangguan kelenjar punca tiroid KEBANYAKAN orang sentiasa menyalahkan aktiviti pengambilan makanan tinggi kalori seperti nasi lemak, ...

Bengkak Kelenjar Tiroid
https://infokesihatan2u.wordpress.com/2018/11/13/bengkak-kelenjar-tiroid/
13 Nov 2018 - TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan ...


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan
Baca Lagi...

23 July 2018

Jantung bengkak lemah


KITA sering mendengar istilah jantung bengkak. Keadaan ini selalunya dikesan selepas seseorang itu menjalani ujian sinar-X dada.

Ia mungkin dikesan kebetulan di mana seseorang itu cuma menjalani ujian kesihatan saringan atau ada masalah lain daripada jantung atau mungkin dikesan terhadap seseorang yang mengalami gejala atau simptom disebabkan masalah jantung bengkak.

Masalah jantung bengkak dinamakan dilated cardiomyopathy. Ia keadaan di mana jantung menjadi lemah dan besar dan akibatnya tidak dapat mengepam cukup darah ke seluruh badan. 

Simptom masalah ini ialah seseorang pesakit mengalami penat atau susah bernafas. Pada permulaannya, kesukaran bernafas terjadi ketika seseorang individu itu bekerja berat atau bersenam tetapi lama kelamaan ia menjadi lebih serius sehingga menyebabkan sukar bernafas ketika rehat.

Pesakit juga boleh mengadu susah bernafas apabila baring terlentang atau terpaksa bangun secara tiba-tiba di tengah malam kerana penat. Pesakit jantung bengkak juga boleh mengalami bengkak kaki dan kembung perut disebabkan pengumpulan air di bahagian itu.

Ada beberapa sebab jantung menjadi bengkak dan lemah. Faktor utama ialah penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung atau myocardial infarction.

Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan bahagian otot jantung yang terbabit tidak berfungsi atau menjadi parut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi jantung keseluruhannya.

Baca artikel penuh : 

Baca testimoni pengguna :


@biovco
@infokesihatan
Baca Lagi...

22 July 2018

Kenali Bahaya Gangguan Hormon Tiroid


Kira-kira 300 juta orang penduduk dunia mengalami penyakit tiroid kerana kurangnya pengambilan iodin menyebabkan berlakunya gangguan fungsi tiroid, kanser tiroid dan masalah berkaitan gangguan hormon tiroid.

Masalah atau penyakit tiroid banyak ditemui di Malaysia. Sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan komplikasi yang membahayakan kehidupan dan penurunan kualiti hidup.

Kelenjar tiroid merupakan kelenjar seperti kupu-kupu di bahagian leher, dimana fungsi utamanya ialah untuk mengawal metabolisma tubuh, pertumbuhan otak serta saraf.

Baca artikel penuh : 



Baca testimoni pengguna :


@biovco
@infokesihatan
Baca Lagi...

18 December 2017

Kalori, fad diet dan kurus cara cepat

By 8:17 PM
SEBARANG diet yang menjanjikan penurunan berat badan dengan pantas tanpa asas saintifik dipanggil fad diet atau diet sementara.

Diet sementara adalah tidak lengkap dan tidak membekalkan banyak nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Kesannya juga adalah singkat dan sukar dikekalkan kerana kebanyakan berat badan yang hilang adalah air. Kekurangan nutrien juga biasa terjadi dalam kalangan mereka yang mengamalkan fad diet.

Memandangkan rakyat Malaysia begitu teruja dengan proses penurunan berat badan secara cepat ramai yang mengambil jalan mudah dengan mencuba pelbagai produk di pasaran seperti pil, minuman suplemen dan produk herba.

Jangan terlalu ghairah untuk mendapat berat badan ideal sehinggakan lupa kesan negatif yang akan ditanggung nanti. Sepatutnya selidik dan dapatkan nasihat pakar berkenaan bagi memastikan produk tersebut berkesan dan selamat digunakan sebelum membelinya.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, ubat khas boleh diberi kepada pesakit yang mempunyai kesukaran menurunkan berat badan. Ubat-ubat ini membantu melengkapi keseluruhan program penurunan berat badan dan bukan jalan penyelesaian sebenar.
Dalam memastikan cara hidup sihat, prinsip asas penurunan berat badan yang berkesan adalah dengan mengawal pengambilan kalori. Namun ia tidak bermakna anda terus tidak makan atau mengikuti diet yang sangat rendah kandungan kalori.

Tubuh kita masih memerlukan tenaga dan nutrien untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, diet yang seimbang dan sihat adalah penting untuk memudahkan penurunan berat badan dengan konsisten dan berkekalan. Penurunan berat badan dengan selamat adalah melalui makan secara sihat iaitu dengan merancang menu harian untuk membantu mengawasi hidangan.

Pemilihan makanan berkhasiat ketika memasak perlu dititikberatkan di mana kawalan kalori yang tidak perlu seperti minuman manis.

Bagi yang ingin betul-betul mendapat berat ideal boleh amalkan diet seimbang, sederhana dan pelbagai mengikut panduan piramid makanan Malaysia. Sebolehnya kawal dan rancang saiz sajian berdasarkan keperluan. Bagi segelintir individu, menggantikan snek yang tidak berkhasiat dengan buah-buahan adalah amalan baik, tetapi bukan penyelesaian menurunkan berat badan. Buah mengandungi pelbagai nutrien dan fitonutrien yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Oleh itu, untuk menurunkan berat badan anda perlu mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan lain sepanjang hari. Malah aktiviti fizikal juga perlu ditingkatkan untuk membakar lemak berlebihan yang tersimpan dalam tubuh.

Ada juga yang berpendapat walaupun mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan saiz sajian, tetapi masih belum mencapai berat badan ideal. Jika keadaan ini berlaku teruskan dengan usaha tersebut tanpa putus asa.

Dalam hal ini proses penurunan berat badan menjadi perlahan atau terhenti adalah normal. Ia dipanggil ‘plateau’ penurunan berat badan mendatar yang berlaku kerana metabolisme anda menjadi perlahan setelah kehilangan otot.

Pada masa ini pengambilan kalori anda menyamai jumlah kalori yang anda gunakan. Jika seseorang itu itu masih berazam untuk menurunkan berat badan, cuba pilihan yang lebih selamat dan sihat iaitu kurangkan lebih kalori tetapi pastikan jumlah yang dimakan tidak kurang daripada 1,200 kcal.

Di samping itu, tingkatkan senaman dengan meningkatkan tempoh dan intensiti senaman selain menambahkan lebih aktiviti ke dalam rutin harian. Contohnya berjalan kaki dan kurang menggunakan kereta atau melakukan kerja-kerja rumah. Ini secara tidak langsung membuatkan kita sentiasa cergas.


Baca Lagi...

12 December 2017

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.

Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebab TEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk.

Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan.

Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia.

Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

Lelaki dalam video di bawah tak perlu membawa inhaler dia ke mana-mana lagi. Asma dan masalah pernafasan beliau dah tak datang lagi. Apa rahsia beliau sehingga nampak begitu sihat dan cergas?

9. Rawatan Kanser ovari. 

Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 

Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 

Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

Baca Lagi...

14 June 2015

Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Penyakit Jantung

Makan tu tak boleh, makan ni tak boleh.. nanti sakit jantung, kene strok.. santan bahaya, kolesterol tinggi! Semua lantunan komen itu membantutkan pilihan selera dan citarasa kita. 

Malah ramai orang mula beralih kepada susu lembu sebagai alternatif santan. Begitulah reputasi buruk yang dilemparkan kepada santan dan kelapa. 

Benarkah begitu? Ketahuilah wahai pembaca sekalian, kesemuanya tidak benar!


Kelapa sangat berkhasiat. Kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia diklasifikasikan sebagai makanan banyak fungsi. Malah, saintis menggelarkannya 'buah kehidupan' kerana banyak manfaat kesihatan. 

Jadi, apa yang benar tentang kelapa dan santan? Jom baca sikit info tentang santan/minyak kelapa dengan penyakit jantung.

Baca Lagi...

10 April 2015

Kajian-kajian manafaat Kelapa

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, eorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.

Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat. Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.

Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.


Baca Lagi...

08 April 2015

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Hasil kajian saintifik dan penyelidikan yang dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara kaya dengan (MCFA) Medium Chain Fatty Acids dan dikelaskan juga sebagai “Super Food” oleh pakar-pakar antarabangsa. 

Khasiatnya menyamai susu ibu, memperkuat sistem imunisasi, memperbaiki metabolisma, melindungi dinding perut, Blood Clots, penstabil fungsi otak, saraf dan jantung. Selain itu, ianya memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut :-

KECANTIKAN LUARAN

1) Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis, kurap, panau, bersisik, ruam/ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.

2) Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukkan berlebihan dengan meningkatkan metabolisma.

3) Jika disapu (minyak kelapa dara cecair), ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi serta mencegah garis-garis halus.

4) Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.

5) Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.

6) Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

KESIHATAN DALAMAN

1) Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental & fizikal (atlit sukan USA & EROPAH banyak menggunakannya.

2) Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.

3) Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes.

4) Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.

5) Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporosis.

6) Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolesterol yang tinggi pada darah.

7) Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.







  • Baca Lagi...

    09 November 2014

    Apa yang perlu anda tahu mengenai Minyak Kelapa?

    Anda telah disogokkan sejak lebih 60 tahun lalu, majoriti pakar kesihatan dan media telah mengatakan kepada anda lemak tepu tidak baik untuk kesihatan anda dan membawa kepada pelbagai kesan negatif, seperti kolesterol tinggi, obesiti, jantung penyakit, dan penyakit Alzheimer.

    Sementara itu dalam masa yang sama selama 60 tahun lalu di Amerika Syarikat penyakit jantung, obesiti, kolesterol serum dan Alzheimer telah meningkat dengan mendadak dibandingkan dengan nenek moyang kita, dan bahkan dibandingkan dengan zaman moden masyarakat primitif menggunakan lemak tepu sebagai makanan asasi.

    Adakah anda tahu bahawa beberapa kajian di Kepulauan Pasifik penduduk yang mengambil 30-60% daripada jumlah kalori mereka dari sumber minyak kelapa tepu sepenuhnya, menunjukkan hampir tidak ada diantara mereka yang mengalami penyakit jantung? 

    Jelas sekali, banyak kekeliruan dan bukti yang bertentangan wujud tentang masalah lemak tepu, walaupun di kalangan profesional penjagaan kesihatan.

  • Minyak Kelapa Dara | Khasiat Minyak Kelapa Dara

    www.biovco.com/
    Hidup sihat tanpa ubat dgn Minyak Kelapa Dara Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal ...
    Beli PRODUK - ‎Testimoni - ‎Wakil Jualan - ‎Info
  • Pembelian Produk BioVCO secara ONLINE

    www.biovco.com/beli.php
    minyak-kelapa-dara - BioVCO. RM34.00. Bankin ke akaun. Kad Kredit / Debit.minyak-kelapa-dara - BioVCO. RM39.00. Bankin ke akaun. Kad Kredit / Debit.
  • Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara

    www.biovco.com/ik.php?no=220&tjk...minyak_kelapa_dara
    Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari pohon kelapa yang ditanam secara semulajadi.
  • Soaljawab Minyak Kelapa Dara

    www.biovco.com/ik.php?no=211&tjk=soal...minyak_kelapa_dara
    Bagi mengurangkan berat badan, Pengambilan Minyak Kelapa Dara adalah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
  • Baca Lagi...

    22 September 2014

    Khasiat Minyak Kelapa Dara


    Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim

    Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronis

    Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.

     Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.

    Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.


    Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.
    Baca Lagi...