13 February 2019

Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus.

Namun, tidak semua pesakit menunjukkan tanda tiroid atau menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Penyakit tiroid adalah gangguan hormon yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau kurang aktif. 

Jika anda mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah, itu adalah beberapa tanda Tiroid yang anda sedang mengalami gangguan tiroid.
Apakah yang menyebabkan gangguan, tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?
Hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Tiroid nodul dan hipotirod kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

 



0 comments: