08 August 2018

Masalah Jerawat

By 6:24 PM

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup.

Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. 

Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

Baca artikel penuh : 


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan

0 comments: