09 August 2018

11 Cara Mengatasi Migrain

Sakit kepala atau migrain ini juga terjadi disebabkan salur darah di kepala kita mengecut dan mengembang dengan tidak seimbang serta kekurangan oksigen di kepala. Oleh itu, kami menyediakan beberapa tips atau rawatan yang boleh anda gunakan bagi mengatasi sakit kepala ini. Berikut merupakan 11 cara mengatasi sakit kepala ataupun tips yang boleh anda gunakan:

1. ELAKKAN PENGAMBILAN PIL PERANCANG BAGI WANITA

Jika anda seorang wanita, bagi mengatasi sakit kepala ini adalah dengan elakkan daripada mengambil pil perancang atau pil yang mengandungi hormon gantian kerana 1 daripada 3 wanita yang mengambil pil perancang akan diserang migrain. Perubahan hormon atau terlebih sesuatu hormon juga boleh menyebabkan punca sakit kepala atau migrain.

2. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG SECUKUPNYA

Bagi anda yang selalu mengalami sakit kepala atau migrain, anda disarankan untuk mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Untuk mendapatkan tidur yang baik, anda mestilah tidur di dalam bilik yang gelap tanpa membenarkan cahaya masuk ke dalam. Ia dapat menjadikan badan dan minda anda segar pada keesokan harinya.

3. RENDAM KAKI DALAM AIR SUAM

Anda juga boleh merendamkan kaki anda di dalam air suam yang berisi garam dan lada hitam. Secara tidak langsung rawatan ini akan menjadi satu terapi bagi tubuh badan anda kerana seperti yang anda semua maklum, di tapak kaki kita mempunyai kesemua urat yang menghubungkan kepada satu badan. Ia merupakan satu cara mengatasi sakit kepala yang boleh dilakukan dirumah.

4. BERBEKAM

Ianya sangat baik untuk tubuh badan kerana dengan berbekambukan sahaja mampu merawat sakit kepala, bahkan mampu mengeluarkan darah kotor, angin dan segala penyakit di dalam darah. Oleh itu, tidak disangkal lagi bahawa dengan berbekam mampu membantu anda mengatasi sakit kepala atau migrain anda.

5. RAWATAN AKUPUNTUR

Anda juga boleh mengatasi sakit kepala dengan melakukan akupuntur. Jika berbekam tadi adalah kaedah dari cara Islam, akupuntur ini pula lebih terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Rawatan akupuntur ini adalah menggunakan jarum panjang yang halus dan dimasukkan di bahagian bawah permukaan kulit. Ia mampu menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi dalam badan.

6. JAUHI KELOMPOK ORANG RAMAI

Sekiranya anda tiba-tiba mengalami sakit kepala atau migrain, anda dinasihatkan mencari tempat yang lebih tenang dan boleh merehatkan minda. Jauhi dari berada dalam kelompok orang ramai yang bising dan bingit. Selain itu, berada dalam kelompok orang yang ramai juga menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan oksigen yang secukupnya.

7. BERNAFAS DENGAN BETUL

Setelah anda menghindari kelompok orang ramai, anda haruslah menarik nafas dengan betul. Dapatkan oksigen yang secukupnya untuk tubuh badan. Ramai di antara kita yang tidak menarik nafas dengan cara yang betul. Apabila anda menarif nafas dengan cara yang betul, barulah oksigen akan sampai ke kepala. Oleh itu, ia dapat mengatasi sakit kepala yang anda alami.

8. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Cara mengatasi sakit kepala ini adalah dengan memperbanyakkan minum air kosong untuk menambahkan air dalam badan dan mengelakkan badan dari berlaku dehidrasi yang boleh menjadi punca sakit kepala. Air kosong dapat mengurangkan kepekatan darah yang mungkin menjadi punca perjalanan darah di kepala tidak lancar.

9. URUT KEPALA DENGAN MINYAK ANGIN

Sekiranya anda mempunyai minyak angin atau minyak panas, sapukan di bahagian kepala anda, seperti kawasan dahi, tengkuk, kening, dan leher. Urut berkali-kali untuk meredakan sakit kepala anda. Ada kemungkinan juga anda mempunyai angin yang terlalu banyak di dalam badan sehingga ianya naik ke kepala.

10. TUAM KEPALA

Anda juga boleh menuam kepala anda dengan ais batu yang telah dibalut dengan kain atau tuala. Ia dapat membantu mengecutkan salur darah di kepala dan mengurangkan sedikit sakit kepala anda. Sekiranya anda tidak mempunyai ais, anda juga boleh membasahkan tuala anda dengan air sejuk dan letakkan di kepala anda. Ia merupakan satu cara mengatasi sakit kepala ini yang mudah

11. BERSENAM SETIAP HARI

Bersenam setiap hari mampu membantu anda merenggangkan otot-otot badan yang kejang dan menjadikan pengaliran darah dalam badan lebih lancar. Buatlah apa jua senaman seperti senamrobik dan sebagainya asalkan ianya dilakukan secara konsisten. Ia dapat merendahkan keberangkalian diserang sakit kepala atau migrain.

0 comments: