07 April 2013

Minyak Kelapa Dara bagus untuk Kulit dan Rambut


Mengapa minyak kelapa dara memiliki fungsi lebih baik sebagai pelembap rambut, kulit dan muka. Ia amat sesuai digunakan untuk rambut dan sebagai losyen badan. Kebanyakan pelembab yang ada dipasaran adalah pelembap yang mengandungi banyak air, pelembab berasaskan air akan melembabkan kulit anda, tetapi sebaik sahaja ia cepat kering dan menyebabkan kulit anda menjadi kering. 

Kebanyakan jenama pelembap kulit mengandungi bahan-bahan berasaskan petroleum yang boleh merosakkan kulit untuk jangkamasa panjang. Sebaliknya, minyak kelapa dara menyediakan kelembapan yang berpanjangan. Ia membantu menguatkan tisu dan membantu membuang sel mati yang berlebihan pada permukaan kulit yang kasar dan tidak stabil dalam tekstur. Ia juga menjadikan rambut lebih hitam dan bersinar dan sebagai pelembap semulajadi untuk rambut anda.



Baca Lagi...

21 March 2013

MCFA dalam Minyak kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara  mengandungi komposisi 55% MCFA. Molekul asid lemak ini terlalu kecil dan ianya mudah dihadamkan dengan cepat selain mudah diserap oleh  tubuh badan di mana asid lemak ini tidak tersimpan sebagai lemak di sel-sel badan. MCFA bertindak sebagai pembekal tenaga dan berfungsi sama seperti kabohidrat dan ianya tidak beredar dalam sistem pengedaran darah badan,  tidak seperti lemak lain ( meningkatkan tahap kolesterol LDL tidak baik dan pembentukan lemak dalam arteri). Disebabkan itu ianya tidak disimpan dalam sel lemak atau menyumbang kepada penambahan berat badan atau menyebabkan arteri tersumbat.

Seperkara lagi yang berkaitan jantung, di mana asid lemak politaktepu kebiasaannya digunakan dalam masakan  seharian mengandungi komposisi utama LCFA’s yang menyebabkan kolesterol tidak-baik LDL memasuki sistem darah yang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan berlakunya pengumpulan lemak. Bagaimanapun tidak seperti  medium rantaian asid lemak MCFA’s, ianya tidak mengalami pengoksidaan. Asid lemak LCFA’s pula secara berterusan akan membentuk radikal bebas  dan mengoksidakan kolesterol LDL yang mana menjadi punca utama penyakit arteri. Hanya lemak teroksida akan menghasilkan pembentukan plak pada arteri dan menyebabkan arteri tersumbat. Komposisi 74% plak ini datangnya daripada minyak sayuran politaktepu dan asid lemak monotaktepu.

Baca Lagi...

19 March 2013

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara


1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.

Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui pada tahun 1966 oleh Jon Kabara PhD, melalui kajian beliau, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting di dalam minyak kelapa dara seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. 

Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung di dalam EFA ini bersifat sebagai anti bakteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Dengan pengambilan asid lemak minyak kelapa dara   ia boleh meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Dengan pengambilan asid lemak minyak kelapa dara , 

Ia mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan asid lemak minyak kelapa dara yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum. Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara  telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran. Asid lemak ini bertindak terus ke hati dan di hati ia diproses untuk ditukarkan kepada satu bentuk tenaga. Disamping itu juga ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma disebabkan asid lemak mudah diserap dan ditukar kepada tenaga.

2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang

Asid lemak minyak kelapa dara bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.

3) Membantu mencegah penyakit jantung

Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa dara boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa dara adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak minyak kelapa dara membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol  LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.

Baca Lagi...

14 July 2012

Mengumpulkan Backlink Dengan Cepat

By 9:34 AM

Mengumpulkan Backlink dengan Cepat boleh kita lakukan secara PERCUMA. Cara Cepat Menaikkan Pagerank website atau blog sudah banyak dilakukan oleh para blogger2 yang pakar. Tidak perlu bersusah payah menulis komentar di sana sini. Cukup ikuti panduan ini.

Silah baca dan fahami arahan yang perlu dilakukan :

Ada satu pepatah yang menyatakan Honesty is The Best Policy (Kejujuran adalah politik/strategi terbaik), mari kita buktikan. apakah konsep kejujuran dapat kita gunakan untuk menghasilkan trafik dan populariti yang sangat hebat dari satu kaedah rumit para pakar webmaster atau pakar SEO..? Saya percaya kita boleh melakukan kaedah ini dan melakukannya dengan penuh kejujuran, sekiranya digunakan pada website atau blog anda, maka:

Website atau Blog anda akan mengalami kebanjiran trafik atau pengunjung secara luar biasa dari hari ke sehari, tanpa anda perlu anda bersusahpayah memikirkan tentang SEO atau melakukan promosi di berbagai tempat di dunia online.

Website atau Blog anda juga akan mengalami kebanjiran backlink secara signifikan dari hari ke sehari, tanpa perlu bersusahpayah mencari atau bertukar link dengan website atau blog orang lain.

Hal yang harus anda lakukan adalah ikuti langkah-langkah berikut :

Buatlah postingan artikel seperti posting ini, atau copy-paste sahaja artikel ini. Beri tajuk sesuka hati anda (kerana ia merupakan SEO untuk website atau blog anda sendiri).

Hanya letakkan Link-Link di berikut pada artikel ini pada website atau blog anda.

Malaria Mosquito
automotive cyberspace
the spread of Avian influenza
That endanger diets
healthy beautiful skin
keep your health
Myths About Sleep
healthy without drugs
Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT

PERATURAN :

Sebelum anda meletakkan Link-Link tersebut diatas ke dalam postingan web/blog anda, sila buang Link nombor 1 , Sehingga link no 1 tiada dalam senarai tersebut dan setiap link anda naikkan 1 level ke atas. Jadikan link no 2 naik menjadi no 1, no 3 menjadi no 2, no 4 menjadi no 3 dan begitu seterusnya. Selepas itu masukkan Link anda pada urutan Paling bawah ( no 10 ).

Ingat!!!

Jangan ubah senarai daftar link Apabila setiap webmaster atau blogger yang mengikuti kaedah ini berhasil di gandakan oleh webmaster atau blogger lain yang akan melakukan perkara yang sama, katakan 5 webmaster atau blogger yang dapat melakukan perkara yang sama maka Backlink yang anda perolehi adalah seperti berikut:

Posisi anda 10, jumlah backlink = 1
Posisi 9, jumlah backlink = 5
Posisi 8, jumlah backlink = 25
Posisi 7, jumlah backlink = 125
Posisi 6, jumlah backlink = 625
Posisi 5, jumlah backlink = 3.125
Posisi 4, jumlah backlink = 15.625
Posisi 3, jumlah backlink = 78.125
Posisi 2, jumlah backlink = 390.625
Posisi 1, jumlah backlink = 1.953.125

Dan semua Dari kata kunci yang anda inginkan, bayangkan jika boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan memperoleh lebih daripada 1.9 juta external link yang berasal dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah bayangkan sebelumnya. Belum lagi apabila ada pengunjung blog anda dari Link List tersebut diatas maka secara automatik anda akan memperolehi trafik atau pengunjung yang akan melawat website atau blog anda.

Ingat!!!

Ikuti peraturannya, Anda mesti memulakan dari senarai paling bawah (no 10) supaya anda dapat jumlah backlink paling maksima. Jangan salahkan saya apabila anda tidak mengikuti kaedah ini dengan jujur dan Link anda tiba-tiba berada pada urutan no 1 dan akan hilang daripada Link daftar. Jadi mulai lah pada senarai paling bawah (no 10).

Bolehkah Anda melakukan tindakan tidak adil atau tidak jujur dengan mensabotaj kaedah ini, misalnya “hilangkan semua link asal” lalu di isi dengan link web/blog anda sendiri…? …. Sudah tentu boleh, dan kaedah ini menjadi tidak maksima. Kejujuran adalah strategi/politik terbaik…..Tapi saya yakin bahawa kita tak mahu menjatuhkan kredibiliti diri sendiri dengan melakukan tindakan seperti itu…
Baca Lagi...

11 March 2012


Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia, menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.


Baca Lagi...