rawatan dan sihat tanpa ubat dengan minyak kelapa dara

Blog Info Kesihatan | Blog Info Terkini



Custom Search




21 March 2013

MCFA dalam Minyak kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara  mengandungi komposisi 55% MCFA. Molekul asid lemak ini terlalu kecil dan ianya mudah dihadamkan dengan cepat selain mudah diserap oleh  tubuh badan di mana asid lemak ini tidak tersimpan sebagai lemak di sel-sel badan. MCFA bertindak sebagai pembekal tenaga dan berfungsi sama seperti kabohidrat dan ianya tidak beredar dalam sistem pengedaran darah badan,  tidak seperti lemak lain ( meningkatkan tahap kolesterol LDL tidak baik dan pembentukan lemak dalam arteri). Disebabkan itu ianya tidak disimpan dalam sel lemak atau menyumbang kepada penambahan berat badan atau menyebabkan arteri tersumbat.

Seperkara lagi yang berkaitan jantung, di mana asid lemak politaktepu kebiasaannya digunakan dalam masakan  seharian mengandungi komposisi utama LCFA’s yang menyebabkan kolesterol tidak-baik LDL memasuki sistem darah yang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan berlakunya pengumpulan lemak. Bagaimanapun tidak seperti  medium rantaian asid lemak MCFA’s, ianya tidak mengalami pengoksidaan. Asid lemak LCFA’s pula secara berterusan akan membentuk radikal bebas  dan mengoksidakan kolesterol LDL yang mana menjadi punca utama penyakit arteri. Hanya lemak teroksida akan menghasilkan pembentukan plak pada arteri dan menyebabkan arteri tersumbat. Komposisi 74% plak ini datangnya daripada minyak sayuran politaktepu dan asid lemak monotaktepu.

0 comments:



Custom Search



rawatan dan sihat tanpa ubat