rawatan dan sihat tanpa ubat dengan minyak kelapa dara

Blog Info Kesihatan | Blog Info Terkini



Custom Search




28 January 2014

Kenali Minyak Kelapa Dara




Minyak kelapa dara bermaksud minyak yang dihasilkan tanpa melalui proses menggunakan bahan kimia atau haba yang berlebihan. Dengan kata lain, ia merupakan minyak yang dapat mengekalkan kandungan nutriennya selepas  diproses.

Secara Ringkasnya, Minyak Kelapa Dara /Virgin Coconut Oil ini :

Minyak kelapa yang segar, dan tidak ditukar kandungannya. Ia bukan diproses dari kelapa kering atau penapisan secara komersial, juga tidak melalui proses pemutihan dan penghilangan bau.

Sebaliknya, ia adalah semulajadi, organik dan diproses tanpa penggunaan haba atau kimia. Proses ini telah mengekalkan struktur asal dalamnya yang asli.

Mengandungi medium chain tringlycerides (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu. Malah, MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu. MCT tidak perlu dihuraikan lagi dan akan terus meresap ke dalam sistem penghadaman dan menghasilkan sumber tenaga yang tinggi di dalam badan. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mencegah dan mengatasi kanser.

rawatan dan sihat tanpa ubat dengan minyak kelapa dara

0 comments:



Custom Search



rawatan dan sihat tanpa ubat