12 April 2009

Penemuan Saintifik Yang Membongkar Rahsia Alam

Kajian saintifik telah dilakukan oleh saintis Eropah dan Amerika ke atas minyak kelapa dara sejak awal 1930an. Misteri kehebatan pohon kelapa makin terserlah apabila banyak kajian saintifik mendapati minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat berikut :


  • Antivirus dan antibakteria

  • Anti oksida yang kuat

  • Pemangkin metabolisma badan

  • Persamaan kekuatan susu ibu


Di negara barat minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI).

Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang kehebatannya, bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, Diakui diseluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21.

Fakta : Minyak kelapa dara adalah makanan yang selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe (GRAS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat.

0 comments: