15 April 2009

Kelebihan Minyak Kelapa Dara

Secara tradisi pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan turun temurun. Air kelapa berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak yang disebabkan oleh virus. Air kelapa juga digunakan untuk menjadi penawar racun. Selain dari itu air kelapa digunakan untuk merawat seseorang yang terlebih memakan ubat ( over-dose ). 

Sungguhpun demikian, minyak kelapa dara telah didapati mempunyai kesan dan fungsi kesihatan yang lebih hebat dari air kelapa. Di Amerika Syarikat dan negara barat minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak kelapa dara adalah makanan yang selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe (GRAS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat.

Minyak Kelapa Dara ini menggalakkan kadar metabolisma yang tinggi secara semulajadi.

Dikilang melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang bermutu tinggi. Kandungan semulajadi minyak kelapa dara dipelihara.

Tanpa bahan awet. Tanpa perasa tiruan. 100% Organik.

Minyak kelapa dara (VCO) boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa terutamanya bila hampir cukup bulan kerana boleh meninggikan metabolisma,kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin ,mengurangkan jangkitan kuman dan lain2.

Minyak kelapa dara ini juga sesuai untuk dimakan oleh kanak -kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu kerana ia boleh dijadikan pengganti khasiat susu ibu disebabkan ciri-cirinya yang boleh mengurangkan serangan kuman atau virus.

Cara pengambilan :

Dewasa: 2 sudu besar selepas makan 2 kali sehari
Kanak-kanak 5-12 tahun: satu sudu kecil selepas makan
Kanak-kanak 5 bulan -1 tahun: titikkan sedikit dalam susu formula/susu tepung

Boleh disapu pada kulit dan rambut. Amat baik sebagai minyak urut.

Bagi mereka yang mengidap ‘stroke’ pula, minyak kelapa dara (VCO) boleh diberi pada peringkat permulaan satu sudu besar selepas makan dan tingkatkan 2 sudu besar selepas ada tindakan positif. Strok terjadi kerana kegagalan fungsi otak menyebabkan darah menjadi'sejuk'...minyak kelapa dara (VCO) mampu meninggikan metabolisma dan haba badan.


0 comments: