rawatan dan sihat tanpa ubat dengan minyak kelapa dara

Blog Info Kesihatan | Blog Info Terkini



Custom Search




03 September 2014

Minyak Kelapa Dara BioVCo turunkan kolesterol

Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak tepu. Menurut Bruce Fife dalam Coconut Cures, minyak kelapa dara mengandungi 92 peratus asid lemak tepu. Lemak tepu ini, adalah berbeza daripada lemak tepu yang terdapat pada minyak lain dan haiwan. Lemak tepu dalam minyak kelapa dara mempunyai komposisi kimia yang berbeza dari lemak tepu haiwan. Lemak tepu jenis lain mempunyai rantaian panjang sedangkan minyak kelapa terdiri daripada rantai sederhana. Perbezaan ini adalah salah satu sebab mengapa lemak tepu pada minyak kelapa dara boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.

Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik, menurut westonaprice.org. Asid laurik adalah asid lemak tepu esensial yang telah terbukti menurunkan kadar kolesterol berbahaya sementara meningkatkan tahap kolesterol yang bermanfaat. Menurut Dr Mary Enig dari westonaprice.org, minyak kelapa merupakan makanan berfungsi yang amat penting pada abad ke-21 yang menjadi minyak bermanfaat untuk pencegahan dan rawatan beberapa penyakit jantung.

Minyak kelapa dara terdiri daripada lemak yang sesuai untuk jantung yang sihat, USDA menyatakan minyak kelapa dara mengandungi hampir dua peratus daripada asid lemak. Menurut American Heart Association, lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara membantu menurunkan kolesterol dengan menjaga arteri elastis dan membantu pengaliran darah. Lemak ini juga boleh membantu melindungi kesihatan jantung.


0 comments:



Custom Search



rawatan dan sihat tanpa ubat