20 March 2019

8 Makanan Untuk Bantu Kurangkan Masalah Tonsil

By 6:43 PM
Ramai tidak sedar semasa tonsil membengkak, ada bau yang tidak menyenangkan datang dari dalam mulut. Bau tersebut datang daripada ketulan putih seperti lebihan nasi yang tersangkut di permukaan kerongkong yang dikenali batu tonsil.

Batu tonsil ini menyebabkan semua bakteria, kuman dan sisa makanan tersumbat menyebabkan bakteria mula membiak sehingga menyebabkan mulut berbau.

Namun sering kita mendengar mitos yang menyatakan pengambilan ais krim mampu mengecutkan tonsil, hakikat itu tidak tepat kerana ais krim biasanya dibuat daripada air yang manis dan bergula, pengambilan makanan yang mengandungi gula akan melemahkan sistem imun.

Berikut diberkongsikan beberapa rawatan dan makanan yang sesuai diambil untuk mereka yang sedang berdepan bengkak tonsil.

Pilih makanan lembut

Bila anak menhadapi masalah tonsil membengkak, selera makannya pasti terjejas lebih-lebih lagi apabila berhadapan kesukaran membuka mulut dan menelan makanan. Seeloknya pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau sup. Elak pengambilaan makanan berempah kerana makanan tersebut mengaktifkan lagi tonsil.

Elak pengambilan makanan manis

Elak pengambilan makanan manis terutama ais krim, kek, manisan yang mengandungi gula. Kurangkan juga pemberian susu kepada si kecil kerana susu formula biasanya mempunyai banyak kandungan gula yang sekali gus melemahkan system imun badan kita, seeloknya berpantanglah sementara dan elak mengambil makana bergula sehingga betul-betul sembuh.


Beri anak air lemon

Sifat anti-bakteria dan anti-radang yang ada pada buah lemon itu dipercayai mampu merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu, kandungan Vitamin C yang tinggi pada buah lemon berkenaan akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.

Halba

Biji halba ini mempunyai ciri anti-bakteria yang boleh dijadikan penawar terbaik untuk mengecutkan tonsil.

Bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas mungkin boleh disuruh berkumur dengan air renehan halba. Ulang 2 kali sehari, kaedah ini boleh mengecutkan tonsil.

Madu

Selain kandungan gula semula jadi, madu juga mempunyai berbagai khasiat teraputik seperti komponan anti-bakteria.

Bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta rasa bengkak dan membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral.

Bagaimanapun, elakkan memberi madu pada anak berusia di bawah umur satu tahun.

Air garam

Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah berkumur dengan air garam yang suam.

Air suam mempunyai kesan melegakan manakala garan pula membunuh virus dan bakteria selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberikan keselesaan.

Halia

Halia juga sering digunakan sebagai petua turun temurun untuk pelbagai penyakit termasuk sakit tekak yang berpanjangan.

Kandungan anti-bakteria dan anti-radang yang bukan aktif bukan saja dapat mempercepatkan proses sembuh ia juga boleh kurangkan bengkak dan sakit.

Baca juga :


Masalah tonsil atau tonsillitis adalah jangkitan tekak. Tonsil yang mengalami masalah biasanya disebabkan jangkitan. Tonsil yang dijangkitimenyebabkan sakit ...
Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan ...
Masalah tonsil atau jangkitan tonsilitis dari jenis bakteria seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci, Hemophilus Influenza dan lain-lainnya.
Anda telah melawat halaman ini 3 kali. Lawatan terakhir: 13/03/2019

Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

UNGKAPAN saya ada tonsil seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan ...

0 comments: