24 March 2019

3 Cara Mudah Menurunkan Kolesterol Tinggi

Jika seseorang sudah memeriksakan kadar kolesterolnya dan ia memiliki kolesterol tinggi, maka tindakan selanjutnya adalah mencari bagaimana cara menurunkan kolesterol tersebut. 

Ubat yang diberikan oleh doktor memang membantu, namun tahukah anda cara berikut ini juga sangat membantu dan baik jika diamalkan bersama ubat.

Disini saya akan berkongsi dengan anda kaedah menurunkan kolesterol dengan cara mudah. Bahaya kolesterol tinggi adalah kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung koroner dan juga strok yang menyebabkan kematian. 

Langkah mudah berikut ini dapat menjaga jantung anda agar tetap sihat dan tentunya dapat menurunkan kolesterol tinggi hingga ke tahap normal.

3 cara mudah dalam menurunkan kolesterol iaitu:

Memilih makanan sihat
Menurunkan berat badan
Bersenam secara kosisten

Sebagaimana dijelaskan dibawah ini.

Pilih Makanan Sihat

Pengambilan makanan sihat amat diperlukan, kerana bermulanya kolesterol tinggi pada seseorang adalah disebabkan dari makanan. Jadi kita perlu selektif dalam memilih makanan yang dapat menjaga kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung.

Berikut makanan yang dapat membantu anda menurunkan kolesterol :

Buah-buahan dan sayuran. Buah-buahan dan sayuran kaya akan serat makanan, yang berperan memperlancar pencernaan dan dapat membantu menurunkan kolesterol. Serat akan mengikat lemak dalam saluran cerna sehingga lemak yang diserap dapat dikurangi yang pada akhirnya akan menjadi bahan baku kolesterol darah.

Biji-bijian. Berbagai nutrisi yang terkandung dalam biji-bijian mempromosikan kesihatan jantung. Contoh makanan yang baik dipengambilan di antaranya roti gandum, pasta gandum, tepung gandum dan beras merah.

Makanan kaya omega-3. Asid lemak Omega-3 dapat membantu menurunkan LDL (Kolesterol Jahat). Beberapa jenis ikan seperti salmon, mackerel dan herring merupakan contoh sumber makanan yang kaya akan asid lemak omega-3.

Lemak yang sihat. Lemak tepu, yang ditemukan dalam daging merah dan produk susu, meningkatkan kolesterol total dan low-density lipoprotein (LDL) kolesterol jahat. Oleh kerana itu kurangi makanan tersebut, sehingga tidak sampai 7 persen dari total kalori harian. Kemudian beralihlah ke sumber lemak yang lebih sihat dengan cara pilih susu rendah lemak dan makanan mengandung lemak tak tepu tunggal seperti pada minyak zaitun, kacang dan minyak canola.

Hindari lemak trans. Lemak trans boleh ditemui dalam makanan yang digoreng dan pada banyak produk komersial, seperti cookies, keropok, makanan ringan, dan bergoreng.

Turunkan Berat Badan

Langkah ini diperlukan bagi mereka yang memiliki berat badan yang berlebihan atau obesiti (Guna pengiraan berat badan apakah anda berlebihan berat badan). Matlamat anda mestilah mencapai berat badan ideal. Ini penting kerana menurukan berat badan sebanyak 5 sampai 10 peratus dapat membantu menurunkan kolesterol secara signifikan.

Tidak dinafikan, menurunkan berat badan tak semudah membalikkan telapak tangan. Banyak cabaran dan rintangan sehingga memerlukan perjuangan. Lihatlah secara menyeluruh kebiasaan makan dan rutin anda sehari-hari. Lihat apa masalahnya dan fikirkan cara untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, jika anda selalu ingin makan ketika bosan atau kecewa, isilah dengan berjalan-jalan sebagai gantinya. Jika anda sering mengambil makanan segera untuk makan tengahari setiap hari, bawalah bekal makanan sihat dari rumah.

Di samping itu, carilah cara agar tubuh anda banyak bergerak yang boleh dilakukan dalam rutin harian Anda, seperti memilih menggunakan tangga daripada menggunakan lif. Luangkan juga waktu untuk bersenam.

Bersenam (Exercise)

Bersenam amat penting sebagai salah satu cara untuk menurunkan kolesterol. Dan kelebihannya, bersenam boleh dapat membantu meningkatkan high-density lipoprotein (HDL) atau kolesterol baik.

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ini akan membantu anda menurunkan berat badan dan secara tidak langsung dapat menurunkan kolesterol tinggi.

Jenis senaman yang boleh dilakukan untuk membantu menurunkan kolesterol jahat antara lain adalah:

Berjalan setiap hari
Berbasikal
Berenang
Atau senaman yang sesuai dengan kesukaan Anda.

Perubahan gaya hidup sahaja seperti di atas, belum cukup untuk menurunkan kolesterol ke level yang diharapkan. Dapatkan nasihat dengan doktor juga akan dapat membantu, ketika perlukan ubat khusus yang disesuaikan dengan keadaan Anda. Semoga berhasil!



https://www.biovco.com/kolesterol-cara-kwl.php
TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa.

https://blog.biovco.com/category/9-cara-mengawal-tahap-kolesterol/
TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap ...

https://infokesihatan2u.wordpress.com/2018/09/11/kawal-berat-badan-melalui-makanan/
Menurut Dr Zubaidi, antara masalah kesihatan utama yang mungkin dialami ialah tahap kolesterol tinggi dan berat badan tidak terkawal yang menjadi punca ...

https://infokesihatan4u.wordpress.com/2019/03/25/7-buah-penurun-kolesterol-tinggi-dengan-pantas/
Ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh pesakit kolesterol tinggi dalam menurunkan kolesterol, diantaranya dengan mengamalkan cara makan yang sihat, salah satu caranya dengan mengambil buah penurun kolesterol.

0 comments: