Showing posts with label sinus. Show all posts
Showing posts with label sinus. Show all posts

14 July 2019

Apa Kaitan Jerawat dan Resdung?

Bagi ramai pesakit resdung, jerawat selalu menjadi masalah dan aduan mereka. Sakit kepala dan hidung berair itu pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang. 

Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah masalah kulit lain yang mirip seperti jerawat. 

Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami. 

Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan resdung dan jerawat?

Kaitan resdung dan jerawat

Alahan

Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang berlaku. Antara sebab resdung juga adalah alahan. Jika badan anda terdedah kepada perkara yang badan anda alah, histamin akan dilepaskan di dalam darah, menyebabkan rongga udara di dalam tengkorak (sinus) merembeskan lebih banyak cecair dan tersumbat.

Dalam masa yang sama, histamin juga boleh membuatkan iritasi pada kulit. Kesannya, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah-merah. Bintik-bintik dan benjolan mula keluar.

Rosacea

Ini adalah keadaan kulit mirip seperti jerawat. Mereka yang mempunyai rosacea mungkin mengalami muka bengkak dan merah disebabkan peredaran darah yang meningkat. Selain itu, muka juga akan terasa sakit serta berdenyut. Pustules yang kelihatan seperti jerawat akan timbul.

Disebabkan jarak yang dekat antara kulit dan sinus, keadaan boleh merebak ke dalam sinus. Pesakit mungkin mengalami simptom-simptom resdung seperti sakit kepala dan muka.

Persekitaran

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan resdung. Habuk dan kotoran merangsang tindak balas histamin, seterusnya membuatkan sinus penuh dengan cecair dan tersumbat. 

Kulit yang sensitif juga boleh memberikan tindak balas apabila bersentuhan dengan bahan-bahan ini. Kulit kering atau ruam adalah antara simptom kulit yang mungkin berlaku.

Lain orang, lain sebabnya. Jika masalah kulit yang dihadapi memang disebabkan atau terkait dengan resdung, rawatan resdung sepatutnya akan merawat masalah kulit tersebut juga. Namun, jika masalah masih tidak selesai, ia mungkin disebabkan keadaan lain. Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar untuk maklumat lanjut.






Baca Lagi...