25 March 2019

5 Makanan Utama untuk Menurunkan Tekanan Darah

By 5:25 AM
Apakah cara untuk menurunkan tekanan darah secara semula jadi? Di sini terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan tekanan darah sebagaimana tindakan yang diberikan oleh pengambilan suplimen serta perubahan gaya hidup yang anda boleh lakukan.

Bahan-bahan tersebut semuanya boleh dibuat sendiri di rumah. Dengan melakukan perubahan secara beransur-ansur terhadap gaya hidup anda, anda boleh membina satu rutin harian yang baru dan lebih sihat daripada sebelumnya.

1.Makan Makanan Diet Mediterranean

Terima kasih kepada makanan seperti minyak zaitun dan biji selasih. Diet Mediterranean mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut serta lemak yang kaya dengan omega-3 yang menyihatkan.

Diet ini juga rendah kandungan bijirinnya namun kaya dengan omega-3. Sesetengah makanan seperti minyak zaitun, biji selasih, ikan liar seperti salmon, buah-buahan dan sayur-sayuran semuanya mampu membantu untuk mengurangkan tekanan darah anda secara semula jadi.

2.Mulakan pengambilan suplimen minyak ikan (1000-2000 mg sehari)

Antara penyebab utama kepada masalah tekanan darah tinggi ialah keradangan di dalam arteri. Kajian demi kajian telah dilakukan dan akhirnya menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA yang merupakan antara bentuk asid lemak omega 3 berupaya untuk mengurangkan keradangan di dalam tubuh badan.

Jadi, pengambilan minyak ikan yang berkualiti dalam sukatan 1000 mg setiap hari bersama dengan hidangan anda merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan darah anda secara semula jadi.

3.Gunakan magnesium untuk keregangan (500 mg sebelum tidur)

Magnesium merupakan mineral yang terbaik disebabkan oleh dia mampu membantu merehatkan salur darah anda dan memberikan impak yang segera secara semula jadi bagi menurunkan tekanan darah anda.

Jadi, adakah anda perlu mengambil suplimen magnesium? Ya. 500 mg sehari merupakan sukatan yang terbaik sebagai permulaan bagi menurunkan tekanan darah anda.

4.Tingkatkan kalium anda

Kalium, merupakan unsur yang penting. Makanan yang kaya dengan kalium seperti avokado dan tembikai mampu mengatasi kesan natrium dan melindungi anda daripada hipertensi. Antara sumber kalium yang utama ialah air kelapa dan pisang.

Air kelapa sangat baik sekiranya anda mahukan minuman yang manis dalam satu-satu hari. Antara cara lain untuk mengelakkan kekurangan kalium dan menurunkan tekanan darah anda secara semula jadi adalah dengan menggunakan air kelapa sebagai bahan utama untuk smoothie pada waktu pagi.

Apa yang menarik, pengambilan suplimen kalium tidaklah memberikan kesan yang baik sebagaimana mengambil terus daripada sumber makanannya. Adalah baik untuk tidak mengambil suplimen melainkan apabila diarahkan oleh doktor sahaja.

5.Mengekalkan keseimbangan dengan CoQ10

Koenzim Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10 merupakan satu antioksidan yang penting untuk menyokong kesihatan jantung. Ia sangat penting lebih-lebih lagi apabila anda menghidapi tekanan darah tinggi dan sedang mengambil ubat-ubatan untuk merendhakan kolestrol.

200 – 300 mg koenzim Q10 setiap hari adalah bagus untuk memberikan kelegaan kepada tekanan darah tinggi secara semula jadi.

Anda sudah ketahui segala punca dari tekanan darah tinggi dan juga bagaimana untuk bantu turunkan tekanan darah tinggi dengan secara semulajadi

Artikel ini bermanfaat?kongsikan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga tersayang. Ubat hanya mengawal penyakit tetapi pemakanan yang sihat dan betul akan merawat penyakit.


Darah Tinggi Membunuh Secara Senyap
https://www.biovco.com/darah_tinggi_membunuh_secara_senyap.php
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...

Ramai tak tahu hidap darah tinggi
https://blog.biovco.com/category/ramai-tak-tahu-hidap-darah-tinggi/
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …

7 Tip Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi
https://infokesihatan2u.wordpress.com/2019/03/25/7-tip-mudah-turunkan-tekanan-darah-tinggi/ Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut.

Bersenam Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi
https://infokesihatan4u.wordpress.com/2019/03/25/bersenam-untuk-tangani-tekanan-darah-tinggi/ PENYAKIT hipertension atau tekanan darah tinggi boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup lebih sihat dengan bersenam, diet mengurangkan garam dan menurunkan berat badan.


0 comments: