Showing posts with label keguguran rambut. Show all posts
Showing posts with label keguguran rambut. Show all posts

22 August 2020

Jangkitan Fungus Menyebabkan Botak?

Mengalami masalah kebotakan adalah igauan ngeri bagi kebanyakan orang, walaupun di kalangan lelaki. Rambut bukan lagi menjadi mahkota mutlak wanita kerana lelaki juga kini mementingkan gaya dan dandanan rambut.

Mengalami masalah keguguran rambut memang meresahkan.

Keguguran rambut boleh dianggap masalah biasa, terutama jika ia disebabkan faktor keturunan, dengan kadar satu kes bagi setiap tiga lelaki dan satu kes bagi setiap lima wanita.

Keguguran rambut yang boleh menyebabkan masalah kebotakan juga dikenali sebagai alopesia androgenetik. Walaupun ia kerap dipanggil kebotakan lelaki, masalah ini juga boleh berlaku kepada wanita.

Ramai beranggapan terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Bagaimanapun, pendapat ini kurang tepat, kata Ketua Trikologi Pusat Rambut Svenson, Teo Kim Teik.

Baca Selanjutnya Di :

Jangkitan Fungus Menyebabkan Botak?


Baca Lagi...

20 August 2020

Cara Menghentikan Rambut Gugur

Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet.

PENUAAN sering dikaitkan dengan tumpuan kepada kulit wajah sehingga ada yang lupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan. Malah ada yang menganggap masalah keguguran rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang semakin meningkat usia.

Jangan disangka pada usia muda anda tidak akan menghadapi masalah botak. Tahap serius botak adalah pelbagai iaitu dari rambut jarang hinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.

Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari adalah dikategorikan normal, tetapi jika berlebihan perlu diambil perhatian serius dengan mendapatkan rawatan segera

Pakar kesihatan juga sering kali menyarankan setiap individu mengamalkan gaya hidup seimbang terutama dari segi pemakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambut yang mana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.

Kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Bagaimanapun, mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.

Baca Selanjutnya di :

Cara Menghentikan Rambut Gugur



Baca Lagi...

20 July 2019

Kenali Punca Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Bahan kimia yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan rambut

Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.

Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur. Antara petua yang berkesan adalah menggunakan daun bunga raya yang telah diramas dengan air kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.

Adakalanya daun bunga raya sukar didapati di sesetengah tempat. Jadi untuk menggantikannya, anda boleh menggunakan kulit buah tembikai.

Caranya mudah sahaja, ambil bahagian kulit tembikai dan gosok di seluruh kulit kepala. Biarkan cecair daripada kulit tembikai meresap ke kulit kepala dalam masa 20 hingga 30 minit sebelum mencuci rambut anda.

Tidak ketinggalan, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain.

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.


RAMBUT bukan sekadar pelengkap gaya, malah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru, keguguran rambut adalah perkara yang ...
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan ...
12 Nov 2018 - Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur. Kebiasaannya ia normal bagi ibu yang baru melahirkan anak disebabkan perubahan ...
Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Rambut Gugur yang ketara boleh menyebabkan botak atau ...
Anda telah melawat halaman ini 2 kali. Lawatan terakhir: 16/05/2019
Baca Lagi...