SEBANYAK 80 peratus daripada seramai 2.8 juta rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap tekanan darah tinggi. Ini yang didedahkan oleh Persatuan Hipertensi Malaysia pada 2008.
Kini setelah 10 tahun berlalu, statistik tersebut bukan semakin menurun, sebaliknya apa yang pasti semakin ramai menghidap penyakit yang dianggap kronik ini dan ianya amat membimbangkan.
Statistik menunjukkan seramai 5.8 juta orang atau 32.7 peratus penduduk Malaysia menghidap darah tinggi.
Pengalamannya bertemu seorang pesakit berumur 32 tahun yang meninggal dunia kerana pendarahan otak disebabkan tekanan darah tinggi benar-benar mengejutkan.
Pihak hospital cuba menyelamatkannya, namun pesakit tersebut akhirnya meninggal dunia dalam masa tiga hari sahaja akibat pendarahan otak yang teruk.
Umur yang muda, tidak pernah mengalami masalah kesihatan dan tidak ada apa-apa simptom adalah antara sebab mengapa ramai yang tidak menyangka mereka menghidap sesuatu penyakit, apatah lagi penyakit seperti tekanan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh golongan berusia.
Ramai di antara golongan muda ini yang tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan mereka. Mereka tidak menjaga pemakanan, tidak mengamalkan senaman dan sentiasa dalam keadaan stres membuatkan kualiti kesihatan merosot,” kata Dr. Siti Rahayu.
Tambahnya, menurut Garis Panduan Praktis Klinikal (CPG 2013) Edisi ke 4, tekanan darah tinggi didefinisikan sebagai tekanan darah adalah sama atau melebihi 140/90 mmHg, sedangkan tekanan darah seorang yang normal adalah 120/80 mmHg.
Jika tekanan darah pesakit terlalu tinggi dan pesakit enggan pula memakan ubat yang telah dinasihatkan oleh doktor, sudah tentu pesakit tidak akan muncul di Unit Kecemasan Hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan badan menjadi lumpuh.
Bukan sahaja pengambilan garam yang tinggi, cara hidup yang tidak aktif dan masalah obesiti juga boleh menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi.
Ada juga yang masih tidak tahu bahawa faktor keturunan adalah salah satu penyebab darah tinggi. Merokok dan pengambilan alkohol juga merupakan penyumbang terbesar pada masalah ini,” katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 4.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok dan apa yang lebih membimbangkan, mereka membelanjakan sebanyak RM375 juta sehari bagi aktiviti yang tidak berfaedah itu.
Penyakit-penyakit seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan kegagalan fungsi mata adalah komplikasi yang akan dihadapi sekiranya pesakit darah tinggi tidak mengawal tekanan darah dengan baik. Cegahlah sebelum terlambat.
Cara rawatan tanpa ubatan

- Kurangkan pengambilan garam.
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal.
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan.
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol.
- Hindari stres
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
Ketahui punca darah tinggi kerana darah tinggi boleh dielak melalui pencegahan. Rawatan darah tinggi melalui kaedah semulajadi dapat mengelak ...
Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi sering dianggap sebagai silent killer. Ini kerana, hipertensi biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala, namun ia boleh ...
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
0 comments:
Post a Comment