21 July 2019

Ramai Tidak Sedar Ada Darah Tinggi

SEBANYAK 80 peratus daripada seramai 2.8 juta rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap tekanan darah tinggi. Ini yang didedahkan oleh Persatuan Hipertensi Malaysia pada 2008.

Kini setelah 10 tahun berlalu, statistik tersebut bukan semakin menurun, sebaliknya apa yang pasti semakin ramai menghidap penyakit yang dianggap kronik ini dan ianya amat membimbangkan.

Statistik menunjukkan seramai 5.8 juta orang atau 32.7 peratus penduduk Malaysia menghidap darah tinggi.

Pengalamannya bertemu seorang pesakit berumur 32 tahun yang meninggal dunia kerana pendarahan otak disebabkan tekanan darah tinggi benar-benar mengejutkan.

Pihak hospital cuba menyelamatkannya, namun pesakit tersebut akhirnya meninggal dunia dalam masa tiga hari sahaja akibat pendarahan otak yang teruk.

Umur yang muda, tidak pernah mengalami masalah kesihatan dan tidak ada apa-apa simptom adalah antara sebab mengapa ramai yang tidak menyangka mereka menghidap sesuatu penyakit, apatah lagi penyakit seperti tekanan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh golongan berusia.

Ramai di antara golongan muda ini yang tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan mereka. Mereka tidak menjaga pemakanan, tidak mengamalkan senaman dan sentiasa dalam keadaan stres membuatkan kualiti kesihatan merosot,” kata Dr. Siti Rahayu.

Tambahnya, menurut Garis Panduan Praktis Klinikal (CPG 2013) Edisi ke 4, tekanan darah tinggi didefinisikan sebagai tekanan darah adalah sama atau melebihi 140/90 mmHg, sedangkan tekanan darah seorang yang normal adalah 120/80 mmHg.

Jika tekanan darah pesakit terlalu tinggi dan pesakit enggan pula memakan ubat yang telah dinasihatkan oleh doktor, sudah tentu pesakit tidak akan muncul di Unit Kecemasan Hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan badan menjadi lumpuh.

Bukan sahaja pengambilan garam yang tinggi, cara hidup yang tidak aktif dan masalah obesiti juga boleh menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi.

Ada juga yang masih tidak tahu bahawa faktor keturunan adalah salah satu penyebab darah tinggi. Merokok dan pengambilan alkohol juga merupakan penyumbang terbesar pada masalah ini,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 4.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok dan apa yang lebih membimbangkan, mereka membelanjakan sebanyak RM375 juta sehari bagi aktiviti yang tidak berfaedah itu.

Penyakit-penyakit seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan kegagalan fungsi mata adalah komplikasi yang akan dihadapi sekiranya pesakit darah tinggi tidak mengawal tekanan darah dengan baik. Cegahlah sebelum terlambat.

Cara rawatan tanpa ubatan


  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan.
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol.
  • Hindari stres

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
Ketahui punca darah tinggi kerana darah tinggi boleh dielak melalui pencegahan. Rawatan darah tinggi melalui kaedah semulajadi dapat mengelak ...
Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi sering dianggap sebagai silent killer. Ini kerana, hipertensi biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala, namun ia boleh ...
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.

Baca Lagi...

20 July 2019

Kenali Punca Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Bahan kimia yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan rambut

Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.

Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur. Antara petua yang berkesan adalah menggunakan daun bunga raya yang telah diramas dengan air kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.

Adakalanya daun bunga raya sukar didapati di sesetengah tempat. Jadi untuk menggantikannya, anda boleh menggunakan kulit buah tembikai.

Caranya mudah sahaja, ambil bahagian kulit tembikai dan gosok di seluruh kulit kepala. Biarkan cecair daripada kulit tembikai meresap ke kulit kepala dalam masa 20 hingga 30 minit sebelum mencuci rambut anda.

Tidak ketinggalan, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain.

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.


RAMBUT bukan sekadar pelengkap gaya, malah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru, keguguran rambut adalah perkara yang ...
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan ...
12 Nov 2018 - Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur. Kebiasaannya ia normal bagi ibu yang baru melahirkan anak disebabkan perubahan ...
Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Rambut Gugur yang ketara boleh menyebabkan botak atau ...
Anda telah melawat halaman ini 2 kali. Lawatan terakhir: 16/05/2019
Baca Lagi...

Tip Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

Apakah darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.

Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Jadi bagaimana cara mengatasi tekanan darah tinggi?

Jom ikut petua berikut:

1. Kurangkan pengambilan garam

Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk

2. Minum rendaman air/teh bunga raya

Rebus bunga raya dan kayu manis selama 5 minit. Kemudian tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3) Minum air kelapa

Nikmati air kepala sebaik-baiknya dua kali sehari iaitu pagi dan malam

4) Ambil minyak ikan yang berkualiti

Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung.

5) Herba hawthorn untuk jantung

Hawthorn adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

6) Ambil bawang putih.

Bawang putih berfungsi menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Boleh nikmati bawang putih dalam bentuk kapsul.

7) Ambil tembikai di Pagi Hari

Minum jus tembikai ketika perut kosong pada waktu pagi

8) Teh Halia-Pelaga

Gabungan dua bahan ini bersama halia dan kayu manis dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

9) Pokok Cat’s Claw

Kajian mendapati pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi), ia juga boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

10) Sirap Bluberi

Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Ia boleh dicampurkan dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

11) Senaman

Amalkan 30 minit senaman setiap hari, boleh dilakukan seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.



Baca Juga artikel berkaitan

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia ...
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darahyang disebabkan oleh denyutan jantung.
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
Ramai tidak sedar mereka ada risiko menghidap penyakit bahaya ini, Tekanan darah tinggi boleh dikawal menerusi pengambilan pemakanan yang seimbang.
Baca Lagi...

17 July 2019

BioVCO Untuk Kesihatan Tiroid Dan Berat Badan

Penyelidikan menunjukkan bahawa kelenjar tiroid yang tidak aktif menjadi salah satu punca utama masalah berat badan, terutamanya di kalangan wanita. 

Hormon tiroid diperlukan untuk aktiviti setiap sel dalam badan. Ini kerana, kekurangan hormon tiroid akan menjejaskan kesihatan.


Kelenjar tiroid adalah termostat metabolik badan, mengawal suhu badan, penggunaan tenaga dan kadar pertumbuhan pada kanak-kanak. 


Gejala tiroid yang lembab menyebabkan kekurangan tenaga, kemurungan, penambahan berat badan, suhu badan yang rendah, sakit kepala, gangguan haid, kulit kering, insomnia, mata bengkak, kuku rapuh, kesedihan mental, pening dan pemacu seks yang rendah.


Pengambilan BioVCO makan secara teratur mampu membantu memulihkan fungsi tiroid. Komposisi asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam BioVCO mudah ditukar oleh hati secara terus ke dalam tenaga. 


Proses ini meningkatkan kadar metabolik dan membantu pengangkutan hormon tiroid ke dalam sel. Ini menggalakkan keseimbangan hormon dan peningkatan tahap tenaga, yang membawa kepada penurunan berat badan yang sihat, tahan lama.


Meningkatnya pengambilan minyak tak tepu secara tiba-tiba ke dalam rantaian makanan pasca Perang Dunia II telah menyebabkan banyak perubahan dalam hormon. 


Minyak tak tepu ini mengganggu kelenjar tiroid dan menyekat rembesan hormon ini. BioVCO tidak menghalang fungsi tiroid berbanding minyak sayur tak tepu.


Wanita yang kehilangan berat badan yang mengambil BioVCO setiap hari, menyebabkan hormon mereka kembali seimbang dan penggunaannya boleh mengelakkan berlakunya penurunan berat badan yang cepat. 


Hanya beralih dari menggunakan minyak tak tepu dalam memasakan dan menggunakan BioVCO, boleh memberikan manfaat luar biasa.


Mengekalkan diet yang tinggi dalam lemak sihat, khususnya BioVCO, akan menyumbang kepada kesihatan dalaman dan luaran. 


Lemak yang baik yang terkandung dalam BioVCO memainkan peranan penting untuk kesihatan dan pemakanan kita.








Baca Lagi...

14 July 2019

Apa Kaitan Jerawat dan Resdung?

Bagi ramai pesakit resdung, jerawat selalu menjadi masalah dan aduan mereka. Sakit kepala dan hidung berair itu pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang. 

Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah masalah kulit lain yang mirip seperti jerawat. 

Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami. 

Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan resdung dan jerawat?

Kaitan resdung dan jerawat

Alahan

Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang berlaku. Antara sebab resdung juga adalah alahan. Jika badan anda terdedah kepada perkara yang badan anda alah, histamin akan dilepaskan di dalam darah, menyebabkan rongga udara di dalam tengkorak (sinus) merembeskan lebih banyak cecair dan tersumbat.

Dalam masa yang sama, histamin juga boleh membuatkan iritasi pada kulit. Kesannya, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah-merah. Bintik-bintik dan benjolan mula keluar.

Rosacea

Ini adalah keadaan kulit mirip seperti jerawat. Mereka yang mempunyai rosacea mungkin mengalami muka bengkak dan merah disebabkan peredaran darah yang meningkat. Selain itu, muka juga akan terasa sakit serta berdenyut. Pustules yang kelihatan seperti jerawat akan timbul.

Disebabkan jarak yang dekat antara kulit dan sinus, keadaan boleh merebak ke dalam sinus. Pesakit mungkin mengalami simptom-simptom resdung seperti sakit kepala dan muka.

Persekitaran

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan resdung. Habuk dan kotoran merangsang tindak balas histamin, seterusnya membuatkan sinus penuh dengan cecair dan tersumbat. 

Kulit yang sensitif juga boleh memberikan tindak balas apabila bersentuhan dengan bahan-bahan ini. Kulit kering atau ruam adalah antara simptom kulit yang mungkin berlaku.

Lain orang, lain sebabnya. Jika masalah kulit yang dihadapi memang disebabkan atau terkait dengan resdung, rawatan resdung sepatutnya akan merawat masalah kulit tersebut juga. Namun, jika masalah masih tidak selesai, ia mungkin disebabkan keadaan lain. Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar untuk maklumat lanjut.






Baca Lagi...

Atasi Sembelit dengan Air Lemon dan BioVCO

By 4:02 AM
Perahan lemon dengan air suam dan BioVCO. 

Memakan banyak daging, makanan diproses dan makanan segera, terlalu banyak produk tesusu, makanan mengandungi gula boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman dan pelbagai penyakit seperti kembung perut, gastrik, mual dan iritasi. 

Jika anda jenis yang sukar membuang air besar secara teratur, cuba amalkan cara berikut:

1. Air lemon

Ramai yang tahu bahawa minum air yang mencukupi akan membantu melancarkan penghadamanan. Jika sistem pencernaan anda kekurangan air, ia akan memberi masalah kepada sistem penghadaman anda. 

Untuk membantu mengatasinya disarankan untuk mengambil perahan dari setengah buah lemon dicampur 250 ml air suam pada setiap pagi. Minuman ini membantu melancarkan sistem pencernaan anda. 

2. BioVCO

BioVCO memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, salah satunya, ia boleh membantu melancarkan sistem penghadaman anda.

Kunci untuk menjadikan BioVCO bermanafaat untuk tubuh bagi melancarkan sistem penghadaman adalah dengan membiasakan pengambilannya secara kosisten. 

Mulailah dengan pengambilan 1 sudu BioVCO setiap hari, secara perlahan-lahan, bila anda telah biasa, tambahkan 1 sudu secara perlahan-lahan hingga anda mengambil 3 sudu BioVCO setiap hari. Lama-kelamaan ia akan akan membantu memudahkan dan melancarkan pembuangan air besar. 






Baca Lagi...