20 July 2019

Kenali Punca Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Bahan kimia yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan rambut

Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.

Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur. Antara petua yang berkesan adalah menggunakan daun bunga raya yang telah diramas dengan air kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.

Adakalanya daun bunga raya sukar didapati di sesetengah tempat. Jadi untuk menggantikannya, anda boleh menggunakan kulit buah tembikai.

Caranya mudah sahaja, ambil bahagian kulit tembikai dan gosok di seluruh kulit kepala. Biarkan cecair daripada kulit tembikai meresap ke kulit kepala dalam masa 20 hingga 30 minit sebelum mencuci rambut anda.

Tidak ketinggalan, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain.

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.


RAMBUT bukan sekadar pelengkap gaya, malah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru, keguguran rambut adalah perkara yang ...
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan ...
12 Nov 2018 - Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur. Kebiasaannya ia normal bagi ibu yang baru melahirkan anak disebabkan perubahan ...
Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Rambut Gugur yang ketara boleh menyebabkan botak atau ...
Anda telah melawat halaman ini 2 kali. Lawatan terakhir: 16/05/2019
Baca Lagi...

Tip Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

Apakah darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.

Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Jadi bagaimana cara mengatasi tekanan darah tinggi?

Jom ikut petua berikut:

1. Kurangkan pengambilan garam

Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk

2. Minum rendaman air/teh bunga raya

Rebus bunga raya dan kayu manis selama 5 minit. Kemudian tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3) Minum air kelapa

Nikmati air kepala sebaik-baiknya dua kali sehari iaitu pagi dan malam

4) Ambil minyak ikan yang berkualiti

Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung.

5) Herba hawthorn untuk jantung

Hawthorn adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

6) Ambil bawang putih.

Bawang putih berfungsi menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Boleh nikmati bawang putih dalam bentuk kapsul.

7) Ambil tembikai di Pagi Hari

Minum jus tembikai ketika perut kosong pada waktu pagi

8) Teh Halia-Pelaga

Gabungan dua bahan ini bersama halia dan kayu manis dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

9) Pokok Cat’s Claw

Kajian mendapati pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi), ia juga boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

10) Sirap Bluberi

Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Ia boleh dicampurkan dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

11) Senaman

Amalkan 30 minit senaman setiap hari, boleh dilakukan seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.



Baca Juga artikel berkaitan

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia ...
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darahyang disebabkan oleh denyutan jantung.
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
Ramai tidak sedar mereka ada risiko menghidap penyakit bahaya ini, Tekanan darah tinggi boleh dikawal menerusi pengambilan pemakanan yang seimbang.
Baca Lagi...

17 July 2019

BioVCO Untuk Kesihatan Tiroid Dan Berat Badan

Penyelidikan menunjukkan bahawa kelenjar tiroid yang tidak aktif menjadi salah satu punca utama masalah berat badan, terutamanya di kalangan wanita. 

Hormon tiroid diperlukan untuk aktiviti setiap sel dalam badan. Ini kerana, kekurangan hormon tiroid akan menjejaskan kesihatan.


Kelenjar tiroid adalah termostat metabolik badan, mengawal suhu badan, penggunaan tenaga dan kadar pertumbuhan pada kanak-kanak. 


Gejala tiroid yang lembab menyebabkan kekurangan tenaga, kemurungan, penambahan berat badan, suhu badan yang rendah, sakit kepala, gangguan haid, kulit kering, insomnia, mata bengkak, kuku rapuh, kesedihan mental, pening dan pemacu seks yang rendah.


Pengambilan BioVCO makan secara teratur mampu membantu memulihkan fungsi tiroid. Komposisi asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam BioVCO mudah ditukar oleh hati secara terus ke dalam tenaga. 


Proses ini meningkatkan kadar metabolik dan membantu pengangkutan hormon tiroid ke dalam sel. Ini menggalakkan keseimbangan hormon dan peningkatan tahap tenaga, yang membawa kepada penurunan berat badan yang sihat, tahan lama.


Meningkatnya pengambilan minyak tak tepu secara tiba-tiba ke dalam rantaian makanan pasca Perang Dunia II telah menyebabkan banyak perubahan dalam hormon. 


Minyak tak tepu ini mengganggu kelenjar tiroid dan menyekat rembesan hormon ini. BioVCO tidak menghalang fungsi tiroid berbanding minyak sayur tak tepu.


Wanita yang kehilangan berat badan yang mengambil BioVCO setiap hari, menyebabkan hormon mereka kembali seimbang dan penggunaannya boleh mengelakkan berlakunya penurunan berat badan yang cepat. 


Hanya beralih dari menggunakan minyak tak tepu dalam memasakan dan menggunakan BioVCO, boleh memberikan manfaat luar biasa.


Mengekalkan diet yang tinggi dalam lemak sihat, khususnya BioVCO, akan menyumbang kepada kesihatan dalaman dan luaran. 


Lemak yang baik yang terkandung dalam BioVCO memainkan peranan penting untuk kesihatan dan pemakanan kita.








Baca Lagi...

14 July 2019

Apa Kaitan Jerawat dan Resdung?

Bagi ramai pesakit resdung, jerawat selalu menjadi masalah dan aduan mereka. Sakit kepala dan hidung berair itu pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang. 

Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah masalah kulit lain yang mirip seperti jerawat. 

Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami. 

Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan resdung dan jerawat?

Kaitan resdung dan jerawat

Alahan

Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang berlaku. Antara sebab resdung juga adalah alahan. Jika badan anda terdedah kepada perkara yang badan anda alah, histamin akan dilepaskan di dalam darah, menyebabkan rongga udara di dalam tengkorak (sinus) merembeskan lebih banyak cecair dan tersumbat.

Dalam masa yang sama, histamin juga boleh membuatkan iritasi pada kulit. Kesannya, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah-merah. Bintik-bintik dan benjolan mula keluar.

Rosacea

Ini adalah keadaan kulit mirip seperti jerawat. Mereka yang mempunyai rosacea mungkin mengalami muka bengkak dan merah disebabkan peredaran darah yang meningkat. Selain itu, muka juga akan terasa sakit serta berdenyut. Pustules yang kelihatan seperti jerawat akan timbul.

Disebabkan jarak yang dekat antara kulit dan sinus, keadaan boleh merebak ke dalam sinus. Pesakit mungkin mengalami simptom-simptom resdung seperti sakit kepala dan muka.

Persekitaran

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan resdung. Habuk dan kotoran merangsang tindak balas histamin, seterusnya membuatkan sinus penuh dengan cecair dan tersumbat. 

Kulit yang sensitif juga boleh memberikan tindak balas apabila bersentuhan dengan bahan-bahan ini. Kulit kering atau ruam adalah antara simptom kulit yang mungkin berlaku.

Lain orang, lain sebabnya. Jika masalah kulit yang dihadapi memang disebabkan atau terkait dengan resdung, rawatan resdung sepatutnya akan merawat masalah kulit tersebut juga. Namun, jika masalah masih tidak selesai, ia mungkin disebabkan keadaan lain. Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar untuk maklumat lanjut.






Baca Lagi...

Atasi Sembelit dengan Air Lemon dan BioVCO

By 4:02 AM
Perahan lemon dengan air suam dan BioVCO. 

Memakan banyak daging, makanan diproses dan makanan segera, terlalu banyak produk tesusu, makanan mengandungi gula boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman dan pelbagai penyakit seperti kembung perut, gastrik, mual dan iritasi. 

Jika anda jenis yang sukar membuang air besar secara teratur, cuba amalkan cara berikut:

1. Air lemon

Ramai yang tahu bahawa minum air yang mencukupi akan membantu melancarkan penghadamanan. Jika sistem pencernaan anda kekurangan air, ia akan memberi masalah kepada sistem penghadaman anda. 

Untuk membantu mengatasinya disarankan untuk mengambil perahan dari setengah buah lemon dicampur 250 ml air suam pada setiap pagi. Minuman ini membantu melancarkan sistem pencernaan anda. 

2. BioVCO

BioVCO memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, salah satunya, ia boleh membantu melancarkan sistem penghadaman anda.

Kunci untuk menjadikan BioVCO bermanafaat untuk tubuh bagi melancarkan sistem penghadaman adalah dengan membiasakan pengambilannya secara kosisten. 

Mulailah dengan pengambilan 1 sudu BioVCO setiap hari, secara perlahan-lahan, bila anda telah biasa, tambahkan 1 sudu secara perlahan-lahan hingga anda mengambil 3 sudu BioVCO setiap hari. Lama-kelamaan ia akan akan membantu memudahkan dan melancarkan pembuangan air besar. 






Baca Lagi...

BioVCO merawat Kencing Manis

Penyakit Kencing Manis adalah keadaan metabolik, dimana pengeluaran insulin tidak mencukupi berbanding keperluannya didalam tubuh. 

Walaupun ia tidak boleh diubati, ia boleh dirawat melalui penjagaan didalam pengambilan makanan, senaman, pengambilan ubat, pemantauan glukos dalam darah, tekanan darah, berat badan dan kolesterol dalam darah. 

Ia perlu mengelak daripada minyak yang boleh meningkatkan trigliserida dan paras kolesterol. Namun ia terkecuali untuk Minyak Kelapa Dara kerana memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Penyerapan Tenaga

Insulin merupakan enzim yang diperlukan untuk menyerap tenaga daripada karbohidrat. Apabila anda makan, tubuh anda akan menukar karbohidrat kepada glukos. Apabila glukos memasuki aliran darah, pankreas akan mengeluarkan insulin, untuk sel-sel menyerap glukos. 

Sel-sel akan mengeluarkan satu lagi enzim, carnitine tranferase, yang membenarkan glukos memasuki mitokondria, yang adalah enjin sel. Beberapa keadaan metabolik menyebabkan rintangan insulin, di mana sel-sel tidak bertindak balas terhadap insulin, jadi penyerapan glukos tidak mencukupi atau tidak wujud.

Asid Lemak rantaian sederhana

Minyak kelapa dara mengandungi asid lemak rantaian sederhana, manakala asid lemak rantai panjang terdapat dalam kebanyakan lemak tepu yang lain. Asid lemak rantaian sederhana adalah cukup kecil untuk menyerap kedua-dua sel dan membran mitokondria, Bruce Fife menulis dalam bukunya Keajaiban Minyak Kelapa

Oleh itu, ia tidak memerlukan pelepasan insulin, yang biasanya diperlukan untuk penyerapan sel. Ia juga tidak memerlukan carnitine transferase, yang biasanya penting untuk masuk ke dalam mitokondria. 

Dalam erti kata lain, minyak kelapa dara merupakan sumber pantas menyerap tenaga yang sangat rendah pada indeks glisemik, yang optimum bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Minyak Kelapa Dara

Tidak semua jenis minyak kelapa adalah sama bermanfaatnya. Minyak kelapa dara adalah yang paling bermanfaat bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Ciri-ciri yang membezakan termasuk warna yang jernih, Siegfried Gursche menulis dalam "Minyak Kelapa: Cari Kunci untuk Kesihatan." Pada suhu dibawah 23 darjah Celcius, minyak kelapa dara akan menjadi beku dan berwarna putih susu. 

Asid Laurik

Minyak kelapa dara mengandungi lebih 55% asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana akan ditukar kepada monolaurin didalam tubuh, menurut Gursche. Ia boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL, yang secara langsung memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida dan bersifat anti-virus dan antibakteria.

Terdapat banyak bukti bahawa minyak kelapa dara adalah pilihan yang terbaik, bukan sahaja untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk mereka yang tidak mempunyai penyakit. 

Menggantikan minyak yang tidak sihat dalam diet anda dengan minyak kelapa dara boleh membantu mencegah diabetes, serta membantu merendahkan kolesterol dan mengawal gula dalam darah. 

Berbincang terhadap apa-apa juga perubahan kepada diet anda dengan doktor, terutamanya jika anda mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes.



Baca Lagi...

10 Fakta Dan Anda Perlu Tahu Mengenai BioVCO

BioVCO mempunyai kelebihan untuk rawatan berbagai masalah kesihatan, kandungan asid lemak memberikan manfaat kesihatan kepada manusia. Antara manfaat yang paling penting dalam BioVCO, ia boleh menghilangkan lemak dan meningkatkan fungsi otak dengan lebih baik.

Ini adalah 10 manfaat kesihatan terbaik BioVCO :

Asid laurik dalam BioVCO merosakkan bakteria, virus, dan kulat

BioVCO mengandungi asid laurik - asid lemak rantai sederhana, dan lebih daripada 50% asid lemak di dalamnya bermanfaat untuk kesihatan. Juga, monogliserida yang terbentuk semasa pencernaan yang dikenali sebagai monolaurin berkesan memusnahkan bakteria, virus, dan kulat.

Kajian menunjukkan bahawa BioVCO mampu membunuh pelbagai virus patogen seperti HIV atau herpes dan banyak patogen, dan dengan demikian melawan jangkitan.

BioVCO mengawal kolesterol darah; mengurangkan risiko penyakit jantung

Lemak tepu mengurangkan tahap lipoprotein berkepadatan rendah (LDL), dan dengan itu meningkatkan tahap kolesterol lipoprotein (HDL) kepadatan tinggi. Faktor risiko kardiovaskular dapat dikurangkan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ia mempunyai gabungan unik asid lemak dan sifat-sifat perubatan yang kuat.

Hampir 90% daripada asid lemak dalam BioVCO adalah lemak tepu, ramai orang percaya bahawa ia berbahaya. Namun, ia telah terbukti secara saintifik bahawa ia tidak merbahaya. Sebaliknya, ia meningkatkan metabolisma dan memberikan tenaga tubuh.

Rantaian trigliserida sederhana, yang cepat diserap, ia berkesan untuk pelbagai rawatan, termasuk rawatan perubatan seperti cirit-birit, penyakit hati, masalah pencernaan, masalah paru-paru, dan masalah pencernaan lemak.

IA juga memberikan kesan terapeutik yang kuat dan sangat membantu dalam kes gangguan otak.

Asid lemak meningkatkan fungsi otak - Penyakit Alzheimer

Hampir 60-80% pesakit Alzheimer mengalami demensia. Kajian telah menunjukkan bahawa keton adalah sumber tenaga alternatif yang boleh digunakan oleh sel-sel otak dan juga merawat gejala-gejala penyakit ini.

Asid lemak dalam BioVCO ditukar menjadi keton, untuk mengurangkan kejang

Ketogenic adalah protein tinggi lemak, yang digunakan dalam rawatan epilepsi pada kanak-kanak. Penggunaan jumlah lemak yang besar, tetapi sedikit karbohidrat, meningkatkan kepekatan keton dalam darah dan menurunkan frekuensi kejang pada kanak-kanak epilepsi.

BioVCO boleh membantu mengurangkan lemak

BioVCO berkesan mengurangkan selera makan dan meningkatkan proses pembakaran lemak, terutamanya di bahagian abdomen. Tambahan hanya satu sudu teh BioVCO dalam diet akan mengurangkan sejumlah besar lemak perut.

BioVCO meningkatkan tenaga

Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan terbesar dalam masyarakat moden. BioVCO dan trigliserida rantaian sederhana (MCT) ia merangsang penggunaan tenaga dan membantu proses pembakaran lemak, dan dengan itu membantu proses penurunan berat badan.

BioVCO mengurangkan rasa lapar

BioVCO membantu anda mengurangkan makan dan keton yang dihasilkan oleh hati dari asid lemak mengawal hormon agar anda berasa kenyang. Kajian menunjukkan bahawa keton menjejaskan hormon cholecystokinin (CCK) yang mengawal kekenyalan, dan oleh itu penggunaan minyak ini secara teratur membawa kepada penurunan berat badan dramatik.

BioVCO boleh mencegah kerosakan rambut, melembapkan kulit dan berfungsi sebagai pelindung matahari

BioVCO biasa digunakan dalam kosmetik, terutamanya untuk kulit dan produk rambut. Ia meningkatkan kandungan lipid kulit dan memeliharanya. BioVCO juga menghilangkan nafas berbau dan boleh digunakan untuk membunuh bakteria di mulut.

Ia juga boleh digunakan sebagai pelindung matahari kerana ia menyekat sekitar 20% sinaran ultraviolet dan melindungi rambut daripada rosak.

Orang yang menggunakan BioVCO adalah antara orang yang paling sihat.

Makanan eksotik ini lazimnya digunakan oleh ramai orang. Ia juga merupakan ramuan utama dalam pemakanan orang ramai seperti negara tropika, di Pasifik Selatan dan Asia.

Mereka adalah pengguna terbesar (60% tepu lemak dari) lemak tepu di dunia dan tiada seorang pun daripada mereka yang mengalami penyakit jantung.

Baca Lagi...

13 July 2019

Ambil Tahu Mengenai Kolesterol Tinggi

By 8:27 PM
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendedahkan, kira-kira 47.7 peratus atau mewakili 9.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah atau hiperkolesterolemia.

Bagi seseorang yang sihat, nilai purata kolesterol normal ialah 175miligram/desiliter (mg/dL). Dalam hal ini, paras kolesterol melebihi 200mg/dL dianggap tinggi dan diistilahkan sebagai hiperkolesterolemia.

Apa yang membimbangkan, daripada jumlah tersebut empat daripada lima orang tidak mengambil tahu paras kolesterol mereka.

Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara, Dr. Rafidah Abu Bakar berkata, tahap kolesterol yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan jantung apabila tahap kolesterol LDL atau kolesterol tidak baik dalam darah terlalu tinggi.

Sebaliknya, kolesterol HDL (kolesterol baik) membantu untuk membuang kolesterol yang berlebihan dan memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koronari.

“Kolesterol tinggi akan menyebabkan lemak termendap dalam salur darah. Lama-kelamaan, mendapan ini akan menyekat peredaran darah melalui arteri.

“Risiko serangan jantung meningkat apabila jantung tidak menerima bekalan darah beroksigen yang secukupnya,” jelasnya kepada pemberita sempena kempen Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, aktiviti senaman memainkan peranan signifikan dalam mengurangkan paras kolesterol. Senaman tidak hanya merujuk kepada aktiviti sukan atau menggunakan peralatan di gimnasium.

Sebarang pergerakan badan yang menggunakan tenaga merupakan satu bentuk senaman. Justeru, mulakan senaman dengan berjalan, melompat tali, berenang atau melakukan senaman ringan seperti mengangkat kaki dan lengan di atas katil

“Pengambilan diet yang seimbang juga dapat mengurangkan tahap kolesterol. Badan kita memerlukan lemak yang baik untuk kekal sihat. Lemak trans dan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah dan menyebabkan arteri tersumbat.

Turunkan bacaan

“Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak jahat. Sebaliknya, tambah makanan yang mengandungi lemak baik dalam diet,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan ProdukTenusu, Nestle (Malaysia) Berhad Ng Su Yen berkata, kempen yang berlangsung sehingga 30 September ini menerima ratusan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, kejayaan cabaran itu tidak diukur pada jumlah peserta tetapi terletak pada perubahan positif yang dicetuskan peserta terhadap tahap kesihatan masing-masing. Misalnya, seorang pemenang bulanan baru-baru ini telah berjaya menurunkan bacaan kolesterol sehingga 36 peratus.





Baca Lagi...