14 November 2018

Manfaat Lemak Dari Badan Sendiri



Selepas perkataan 'bermadu', perkara lain yang paling ditakuti oleh golongan wanita ialah 'lemak'. Lemak yang selama ini digeruni wanita membawa pelbagai masalah kerana menjadi punca utama kepada faktor kegemukan dan obesiti.

Bagaimanapun kaedah terkini yang dipanggil pemindahan lemak telah mengubah persepsi mengerikan terhadap pepejal yang selama ini dianggap langsung tidak berguna kepada manusia.

'Sebahagian lemak, selepas diproses masih mempunyai manfaat kepada wanita,' kata doktor Hakim Hamzah dari klinik estetik Ayu Jelita, Ampang, Selangor.

Bekas pensyarah sakit puan di sebuah hospital di ibukota ini memberitahu, kaedah pemindahan lemak atau fat transfer menjadi rutin rawatan kecantikan yang paling terkini, popular dan dipercayai ramai.

Apa itu fat transfer?

Secara umumnya pemindahan lemak ialah satu prosedur yang dilakukan bagi memindahkan lemak di sesuatu bahagian badan, kepada satu bahagian badan yang lain.

Sebagai contoh, lemak di bahagian paha atau punggung diambil, diproses dan kemudian disuntik ke bahagian muka. Prosedur ini hanya mengambil masa antara 20 ke 30 minit kerana ia tidak terlalu rumit untuk dijalankan.


Baca Info Lanjut : KLIK DISINI

BioVCO

Online Marketing
Baca Lagi...

13 November 2018

Penyakit Masalah Tiroid

By 6:01 AM

Penyakit Masalah Tiroid

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Kelenjar tiroid

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.


Baca artikel penuh : KLIK DISINI

Baca Lagi...

12 November 2018

Cantik dan Sihat Tanpa Jerawat


CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama untuk sentiasa kelihatan cantik.

Wanita perlu jelas bahawa kecantikan lahir daripada kesihatan yang baik.

Bagi wanita yang sihat, mereka tidak mempunyai masalah untuk kelihatan cantik dalam apa jua keadaan.

Pencegahan semula jadi seperti ini dapat menjimatkan kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit di samping memastikan hormon dalam diri berfungsi dengan baik.

Ini kerana hormon yang berada dalam diri kita banyak mempengaruhi kehidupan seharian.

Selain itu, pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh mengakibatkan masalah jerawat, kegemukan atau penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan sebagainya.

Baca Info Lanjut : KLIK DISINI


Baca Lagi...

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

By 2:54 AM


Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

Beliau berkata, mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi.


Baca info selanjutnya : KLIK DISINI


Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini 


Senario keguguran rambut bukan lagi satu berita yang mengejutkan kerana hampir semua orang mengalaminya. Cuma perhatian yang lebih perlu diberikan ...


12 Nov 2018 - Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambutRAMBUT adalah mahkota wanita.


12 Nov 2018 - RAMBUT yang cantik dan sihat tidak hanya pada fizikal. Sebagai aksesori fesyen, kesihatan rambut sepatutnya bermula dari pangkal akar.

8 Punca Masalah Keguguran Rambut

 
https://infokesihatan2u.wordpress.com/2019/03/22/8-punca-masalah-keguguran-rambut/




22 Mar 2019 - Boleh dikatakan majoriti lelaki akan takut dengan masalah keguguran rambut ini. Kewujudan ‘pulau’ di kepala pasti mendatangkan rasa tidak senang dalam diri dan juga boleh menyebabkan hilang keyakinan diri.

Baca Lagi...

11 November 2018

Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher

By 4:20 PM


Apabila menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis Tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Katanya, tiroid nodul dan hipotirodisme kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.


Baca Info Lanjut : KLIK DISINI
Baca Lagi...

10 November 2018

Masalah ruam lampin pada kulit bayi anda



Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.

Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat dua jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.

Ruam panas

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.


Baca Info lanjut : KLIK DISINI
Baca Lagi...

09 November 2018

Masalah Sembelit


Sembelit berlaku bila :

* anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras
* anda jarang membuang air besar

Ramai orang keliru bila dikatakan jarang membuang air besar. Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).

Baca Info Selanjutnya : KLIK DISINI
Baca Lagi...

08 November 2018

Migrain

By 3:31 PM

Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid.

Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Baca selanjutnya di : http://bit.ly/ik_14

Baca Lagi...

07 November 2018

Pemakanan dan Kesihatan Kawal darah tinggi

By 6:23 PM

MUDAH disebut dan kerap kali diingatkan, tetapi masih ramai yang bersikap tidak kisah. Realitinya, itulah sikap masyarakat terhadap penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Sedar atau tidak, hipertensi menjadi antara penyakit paling umum dihidapi ramai, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana hipertensi menjadi antara faktor penyebab strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang berfungsi. Akibat terburuk daripada penyakit itu adalah kematian. Justeru, penyakit yang membawa punca kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (PHP), Dr Azani Mohamed Daud, berkata jika seseorang itu memiliki tekanan darah yang tinggi hendaklah mengawalnya supaya tidak terus memudaratkan tahap kesihatannya.

Baca info lanjut di : http://bit.ly/ik_12
Baca Lagi...